18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Microsoft Word 2007: Pantau perubahan dokumen

Microsoft Office Penulis: parasolx (Oct 19, 2009)
kemas kini Kemas kini: Mar 09, 2012
Artikel bebas-Microsoft Word 2007: Pantau perubahan dokumen

Sinopsis

Penggunaan Microsoft Word memang tidak dinafikan lagi terutama sekali dalam menghasilkan dokumen, surat, tesis dan sebagainya yang melibatkan penggunaan teks.

Dalam tutorial kali ini, saya akan menunjukkan satu kelebihan Word 2007 yang membolehkan anda menjejaki setiap perubahan dokumen yang dilakukan oleh orang lain. Hal ini boleh diaplikasikan terutama sekali dalam menyiapkan tesis atau kertas kerja secara berkumpulan.

Seperti biasa, paparan di bawah ini merupakan contoh dokumen yang telah saya hasilkan sebelum ini.

Fungsi pantauan perubahan dokumen ini hanya akan dihasilkan sekiranya anda mengaktifkan fungsinya. Setiap perubahan teks yang dilakukan akan disimpan dan dipaparkan kepada pengguna lain. Jadi, sebelum anda melakukan sebarang perubahan pada dokumen, pastikan mengaktifkan fungsi tersebut terlebih dahulu.

Pada tab "Review", perhatikan pada bahagian "Tracking". Untuk mula merakam perubahan, anda perlu klik butang "Track changes" untuk mengaktifkannya. Apabila butang tersebut telah aktif, mulakan proses untuk mengubah suai dokumen seperti biasa.

Anda boleh menggunakan beberapa fungsi yang lain yang terkandung di bawah "Tracking changes" bagi membantu penyampaian dan paparan perubahan yang berlaku. Di bawah ini adalah antara hasil perubahan yang telah saya lakukan.

Selepas siap, simpan seperti biasa dan hantarkan kepada orang tertentu untuk dipaparkan perubahan yang dilakukan. Selamat mencuba.

mad