Sinopsis
Anda boleh mengaktifkan fungsi untuk membolehkan setiap capaian yang dilakukan oleh MySQL direkod ke dalam log. Berbanding sistem pelayan yang merekod capaian atau aktiviti yang dilakukan terhadapnya sahaja.Sekiranya pemasangan MySQL dilakukan melalui pemasangan pakej siap pasang seperti XAMPP atau WAMP, tetapan ini tidak diaktifkan secara terus. Dan pemasangan secara manual sama ada di pelantar sistem operasi Windows atau Linux juga tidak mengaktifkan fungsi secara terus.
Untuk mengaktifkan fungsi ini, kita perlu lakukan sedikit penambahan kod pada fail konfigurasi MySQL dengan menggunakan fungsi mysqld untuk mengaktifkan General Quert Log.
- Akses ke dalam direktori MySQL. Contohnya; c:/xampp/mysql
- Akses fail my.ini. Selalunya berada di bahagian mysql/bin.
- Sunting fail tersebut dengan menggunakan editor binari seperti Notepad atau Notepad2.
- Tambah kod di bawah ini pada bahagian paling bawah:
[mysqld] # Set Slow Query Log long_query_time = 1 slow_query_log = 1 slow_query_log_file = "C:/slowquery.log" #Set General Log log = "C:/genquery.log"
Untuk pelantar operasi menggunakan Windows seperti Windows Server, lokasi untuk fail log tersebut seeloknya diletakkan di bahagian pemacu dasar, iaitu C:/ untuk mengelakkan masalah di mana kebenaran untuk menghasilkan fail log tersebut.
Untuk pelantar lain seperti MacOS dan Linux, anda hanya perlu memberikan kebenaran untuk direktori tersebut menghasilkan fail. Jika gagal, hasilkan satu fail kosong dengan nama tersebut dan setkan kepada kebenaran untuk ditulis.



Kemas kini: Jun 12, 2011