Sinopsis
Apabila satu keperluan untuk tangkap layar (Print Screen) diperlukan, beberapa perisian boleh digunakan. Untuk Windows 7, telah dimuatkan perisian khas bagi melakukan hal ini. Untuk perisian Windows yang lebih lama, kaedah ini boleh diamalkan.Perkara asas dalam menggunakan komputer, tetapi masih ramai lagi yang tidak mengetahu cara menggunakan
PrintScreen
.
PrintScreen
adalah teknik untuk menukarkan paparan pada monitor anda ke dalam bentuk gambar. Dibawah adalah cara-cara untuk menggunakan print screen.
Langkah-langkah:
1. Perhatikan pada keyboard anda atau papan kekunci, terdapat perkataan PrtSc atau PrintScreen.
2. Tekan butang tersebut.
Tips: Anda juga boleh menggunakan Windows Shortcut untuk membuat printscreen iaitu dengan menggunakan Alt+Print Screen untuk membuat print screen bagi window yang dipilih.
3. Start > Run dan taip mspaint (atau sekiranya Windows Vista dan 7, taipkan pada ruangan "Search" di Start Menu).

4. Dan tekan Ctrl + V atau Edit - Paste.
5. Simpan gambar dengan File - Save atau Ctrl + S.
Nota: Saya sarankan anda menyimpan gambar anda dalam format JPG,JPEG dan bukannya format asas bagi paint itu BMP. Ini kerana saiz BMP sangat besar.



Kemas kini: Nov 18, 2010
