WinPC Defender adalah antara perisian anti-spyware palsu. Tujuan utama parasit ini adalah untuk merosakkan intergriti sistem dan keselamatan komputer. Oleh kerana merupakan satu perisian "anti-spyware", maka tidak akan dikenal pasti oleh perisian anti-spyware yang sedia ada dipasang. Perisian ini merupakan klon satu perisian yang tidak terlalu popular iaitu XP Police Antivirus.
Parasit ini boleh terpasang dalam komputer anda melalui permintaan sesetengah laman web yang memerlukan anda memasang codec untuk paparan video. Jadi hati-hati, jangan tertipu.
Apa yang dilakukan?
Selepas dipasang, perisian ini akan menjalankan proses pengesanan palsu bagi menipu anda sebaliknya ia menanam beberapa fail dan memaparkan beberapa tetingkap popup yang menyatakan terdapat begitu banyak ralat dalam komputer anda dengan harapan supaya anda memesan perisian penuh ini. Oleh itu, anda seharusnya membuang WinPC Defender ini secepat mungkin kerana akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada komputer.
Membuang Parasit Ini
Oleh kerana perisian ini merupakan salah satu "anti-spyware", maka kita tidak boleh membuangnya melalui pengesanan antivirus atau anti-spyware yang lain. Kita terpaksa membuangnya secara manual. Sila ikuti langkah ini dengan berhati-hati kerana tersilap langkah, komputer anda akan terus tidak dapat dihidupkan.
1. Mematikan proses belakang (background processing)
Pertama kita perlu mematikan segala proses yang dijalankan oleh parasit ini sebelum kita membuang. Jadi kita perlu membuka Task Manager. Caranya tekan sekali gus CTRL + ALT + DEL. Jika tiada apa-apa berlaku, klik Start > Run > Taipkan taskmgr.

Paparan ini akan ditayangkan.

Klik pada tab "Process" dan cari senarai nama-nama ini. Klik pada nama tersebut (setiap satu) dan klik butang "End Process".
- 1234.exe
- 7339880.exe
- pcdefender.exe
- install.exe
2. Membersihkan Registry
Setiap kali anda hidupkan Windows atau sistem operasi, parasit ini akan automatik hidup dan akan kekal sebegini sehingga komputer anda rosak. Jadi kita perlu halang daripada parasit ini hidup setiap kali Windows dimulakan melalui Registry Editor.
Klik Start > Run > Tulis "regedit" dan OK.

Seterusnya paparan Registry Editor akan dipaparkan. Ia kelihatan seperti Windows Explorer yang biasa. Cuma hanya memaparkan senarai registry sahaja.

Seterusnya, anda perlu mencari Registry berikut satu-persatu. Selepas menjumpainya, klik kanan (right click) kemudian pilih "Delete". Pastikan anda memeriksa nama ini dengan tepat, setiap nombor dan abjad harusnya tepat.
- HKEY_CURRENT_USER\software\microsoft\windows\currentversion\ext\stats\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}
- HKEY_CURRENT_USER\software\winpc defender
- HKEY_LOCAL_MACHINE\software\classes\clsid\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}\programmable
- HKEY_LOCAL_MACHINE\software\classes\typelib\{a54dc52d-7aad-4d40-a126-337211631edc}
- HKEY_LOCAL_MACHINE\software\microsoft\windows\currentversion\explorer\browser helper objects\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}
3. Buang Pendaftaran Fail DLL
Sambungan DLL sesuatu fail adalah fail yang digunakan semasa Windows dimulakan. Setiap kali Windows dimulakan. ke semua fail sambungan .DLL akan dimasukkan ke dalam memori. Oleh itu kita perlu buang pendaftarannya dari memori supaya bila Windows dimulakan semuala (reboot), tiada ralat akan berlaku.
- Menggunakan "Search" (Start > Search), cari fail ini: ieocx.dll. Kemudian right-click pada fail tersebut dan pilih "Open containing folder"
- Selepas itu, klik Start > Run > taip "cmd".
- Satu tetingkap berlatar hitam akan keluar. Seterusnya anda taip "cd {alamat penuh untuk file ieocx.dll}". Sebagai contoh, katakan pada alamat tetingkap tadi adalah seperti ini:

Maka, taipkan: cd C:\Documents and Settings\Nur Ain\driver aztech DSL605EU. Tekan "Enter".
** Ini adalah contoh, anda perlu taip alamat di mana terdapatnya fail ieocx.dll tadi. - Seterusnya, tuliskan arahan ini: regsvr32 /u ieocx.dll
- Kemudian "Enter". Jika mesej ini dipaparkan, maka anda telah selesai membuang pendaftaran fail ini.

4. Membuang Fail-fail Utama
Langkah terakhir adalah membuang fail-fail utama WinPC Defender ini. Cari fail-fail di bawah ini dengan bantuan Search yang ada pada Start Menu. Pastikan anda telah mengaktifkan pemaparan fail-fail yang disembunyi. Rujuk gambar di bawah:


Fail-fail yang perlu dicari dan dibuang adalah seperti berikut. Pastikan fail-fail ini bukan melibatkan fail-fail Windows yang penting. Periksa kedudukan foldernya di mana. Kebiasaanya kesemua file ini berada dalam satu folder.
- 1234.exe
- 7339880.exe
- ieocx.dll
- pcdefender.exe
- winpc defender.lnk
- install.exe
Mulakan semula Windows anda dan selesai sahaja proses pembuangan.



Kemas kini: Sep 30, 2010