Kripkorn Studios, Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Maklum Balas (Testimonial)


Terima kasih kepada anda kerana meluangkan sedikit masa mengunjungi laman web portal kami ini. Bagi mempertingkatkan lagi usaha ini, kami mengharapkan komen, kritikan dan apa jua maklum balas dari anda semua.

Oleh itu, ruangan ini dibuka kepada anda semua agar dapat memberikan sedikit maklum balas. Kami mengharapkan anda hanya menghantar kritikan dan kutukan bagi membaiki apa yang belum sempurna. Kritikan perlulah dituju kepada laman web ini sahaja.

Kami tidak akan membuang sebarang komen kerana akan digunakan sebagai panduan untuk kami membaiki apa yang kurang. Harap maklum.

Hantar maklum balas baru

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
ghazali's picture

Syabas kripkorn. Satu lagi usaha ke arah meningkatkan generasi celik IT. Dalam bahasa ibunda. Bagai permata dalam lunmpur. Cantik tapi payah dijumpai.

Bagaimanapun, saya berharap tutorial/tips dsb boleh dipaparkan dalam bentuk print version kerana saya percaya tidak semua pengguna khasnya "pengguna" berbahasa melayu mempunyai sambungan internet spt wimax, atau YES. Walhal hanya mengharapkan pusat komputer semata-mata.

Ringkasnya,
1. print version
2. page layout yang lebih ringkas atau plain agar memudahkan untuk copy and paste (khasnya kepada words)

parasolx's picture

Salam Ghazali, terima kasih atas komen dan cadangan yang diberikan. kami masih lagi dalam proses peningkatan kepada mesra pengguna. beberapa kajian telah dijalankan bagi memenuhi keperluan pengguna.

mengenai cadangan yang diberikan, untuk print version sebelum ini pernah kita implementkan tapi disalah guna oleh banyak pihak. ada yang melakukan request berulang kali dan ade yang menggunakan teknik DDoS. ini menyebabkan kadar pemprosesan server meningkat dan menyebabkan overload. oleh itu kami terpaksa batalkan fungsi ini.

tetapi untuk sesetengah tutorial, masih ade button "print" dibahagian bawah setiap artikel untuk kemudian transfer ke dalam bentuk word.

untuk cadangan kedua, kami dalam proses untuk ke arah tersebut. mungkin dalam kajian seterusnya kita akan cuba dapatkan maklum balas mengenai bentuk paparan artikel.

mohdz's picture

sya baru dlm drupal ni.tgk website nie semua dlm b.melayu...camne nk tukar ke bahasa melayu ?

terimakasih yg sudi membantu.

parasolx's picture

untuk membuat translasi satu persatu, boleh rujuk kepada tutorial ini: http://www.kripkornstudios.com.my/drupal3/modul-pada-pemasangan-asas#Content_translation

tetapi, boleh juga dapatkan file translasi yang telah dibuat hampir separuh oleh satu laman web di sini: http://www.drupal.my/translate/languages/ms

Wizan (old)'s picture

Tahniah, sebuah lagi komuniti yang menggunakan bahasa Melayu. Harap akan berkembang dengan pesat. Saya sangat menyokong usaha sebegini. Pada pandangan saya, terlalu banyak warna digunakan. FENING!

BIRU, MERAH, HIJAU, HITAM, KUNING OREN SEMUA ADA.. kalau boleh rasanya elakkan terlalu banyak. Guna hitam (grayscale) atau kobinasi merah hitam, biru hijau dsb. Tapi jangan la sampai 4 warna utama. Dua warna dangan toning pun sudah cukup.

mohdz's picture

pada sy ok...tpi jgn terlalu striking.syabas

kop33's picture

Hi,

Kita sedang cari tiga Joomla designer, jika minat, sila hantar CV ke jobfindu@yahoo.com. Kami akan bagi penjelasan kemudian.

thnx, kop33

parasolx's picture

Hello jobfindu,
Portal ini sudah kita khaskan untuk menempatkan artikel2 dan tutorial2 untuk pembangunan laman web dan bukan dijadikan sebagai pengiklanan. Jika masih berminat untuk mengiklan, boleh mendaftarkan diri dan hantarkan sebarang pengiklanan di bahagian forum dalam ruangan ini: http://www.kripkornstudios.com.my/komuniti/iklaneka.html

Atau, jika tidak berminat untuk mendaftarkan, hantarkan sebarang pos ke bahagian ini: http://www.kripkornstudios.com.my/komuniti/ruangan-tetamu.html. Sekiranya mendapat sambutan, kami akan pindahkan pos tersebut menjadi pos tetap ke dalam ruangan yang tertentu.