Sinopsis
Dalam tutorial sebelum ini, kita sudah mempelajari untuk membuat kekotak dengan bucu melengkung. Dalam tutorial ini pula, kita akan menggunakan teknik yang sama, tetapi untuk menghasilkan kekotak bersempadan dengan bucu melengkung menggunakan CSS
Jadi kita akan bermula dengan memasukkan empat gambar melengkung pada setiap bucu kekotak kita menggunakan CSS:
Dan ini merupakan aturcara untuk HTML:

Kekotak bersempadan dengan bucu melengkung. Kredit kepada Kripkorn Studios

Dan ini pula adalah arahan CSS:
.bl {background: url(bl.gif) 0 100% no-repeat; width: 20em}
.br {background: url(br.gif) 100% 100% no-repeat}
.tl {background: url(tl.gif) 0 0 no-repeat}
.tr {background: url(tr.gif) 100% 0 no-repeat; padding:10px}
Sekiranya anda baru membaca tutorial ini dan masih tertanya-tanya, sila rujuk artikel sebelum ini: www.kripkornstudios.com.my/CSS/kotak-bucu-lengkung-dengan-css
Memasukkan sempadan kekotak
Rasa merasakan kebanyakan dari anda semua sememangnya sudah biasa dengan arahan CSS border, jadi cuba kita masukkan arahan ini pada elemen pertama lapisan tadi.
.bl { background: url(bl.gif) 0 100% no-repeat; border: 1px solid #e68200 }
Ini hasilnya:
Hehehe.. nampak macam pelik jer kan. Tapi apa yang menyebabkan ia tidak kelihatan seperti yang kita mahukan? Kita sudah pun memasukkan atribut border pada elemen
yang betul, tetapi hasilnya sangat berlainan seperti yang kita harapkan. Masalah ini timbul kerana kesemua elemen-elemen bucu itu berada di dalam sempadan dan bukan DI ATAS sempadan. Keadaan ini kita akan atasinya dengan langkah-langkah berikut.
Jalan penyelesaian: Tambahkan lagi gambar
Nampak gaya kita tidak boleh menggunakan arahan border lagi sebaliknya kita berubah ke langkah lain dengan menghasilkan satu lagi gambar yang bersaiz 1px x 1px (
) Perhatikan betul-betul dan pasti anda akan nampak gambar ini dan saya namakan gambar ini sebagai dot.gif. Kita akan cuba hasilkan garisan sempadan dengan menggunakan gambar ini bagi menggantikan arahan border CSS melalui arahan background.
Pertama, kita buangkan dahulu arahan border sebelum ini:
Kemudian kita akan hasilkan satu garisan oren di sepanjang bahagian atas kekotak. Seperti biasa, kita akan masukkan elemen
yang baru iaitu:

Kekotak bersempadan dengan bucu melengkung. Kredit kepada Kripkorn Studios

Dan juga arahan CSS yang baru:
.t {background: url(dot.gif) 0 0 repeat-x; width: 20em}
Rujuk kembali arahan CSS ini, saya menggunakan arahan repeat-x untuk memberitahu pelayar supaya ulangkan dot.gif ini berulang-ulang sepanjang 20em secara mendatar. Nilai kedudukan telah saya setkan kepada 0 0 supaya ianya bermula dari atas-kiri kekotak kita. Perhatikan juga bahawa kita hasilkan elemen
di bahagian paling luar supaya elemen di dalamnya akan menindih garisan tadi dan terhasil seperti ini:
Sempadan Yang Seterusnya
Sekarang kita hanya perlu arahkan supaya gambar dot.gif tadi dijalankan sebanyak 3 kali lagi bagi melengkapkan kesan kekotak kita. Tiga arahan tersebut akan hasilkan garisan di bahagian kiri, kanan dan bawah. Seperti biasa, hasilkan 3 lagi elemen
yang baru seperti ini:

Kekotak bersempadan dengan bucu melengkung. Kredit kepada Kripkorn Studios

Dan jangan lupa 3 arahan baru dalam CSS:
.b {background: url(dot.gif) 0 100% repeat-x}
.l {background: url(dot.gif) 0 0 repeat-y}
.r {background: url(dot.gif) 100% 0 repeat-y}
Dalam 3 arahan baru CSS ini, saya telah gunakan arahan pengulangan yang berlainan pada sesetengah elemen. Untuk ulangan secara mendatar, iaitu untuk garisan bawah, saya gunakan repeat-x manakala untuk ulangan secara menegak iaitu dibahagian kiri dan kanan garisan, saya gunakan arahan repeat-y. Kedudukan gambar perlu diperhatikan supaya kedudukan yang tepat di mana garisan akan mula dibina. Cuba perhatikan dan fahamkan.
Setelah itu anda akan dapati kesan yang terhasil adalah seperti ini:
Berhati-hati Dengan Susunan Elemen DIV
Kekotak dengan sempadan ini akan terhasil SEKIRANYA elemen-elemen gambar untuk bucu melengkung dijalankan SELEPAS elemen-elemen garisan mendatar dan menegak di dalam aturcara HTML. Ini kerana setiap elemen baru
akan menindih elemen
yang sebelumnya dan dalam kes ini, kita mahukan elemen bucu menindih elemen garisan sempadan.
Dengan hasilkan elemen garisan sempadan terlebih dahulu, kita akan hasilkan kekotak dengan bucu berpetak. Kemudian, jika anda perasan bahawa elemen gambar bucu kita pada bahagian luarnya adalah berwarna putih dan bila dijalankan, kawasan yang berwarna putih itu akan menutup garisan bucu berpetak dan menyambungkan garisan lengkung yang kelihatan dengan garisan sempadan yang masih kelihatan. Inilah yang dikatakan manipulasi kesan gambar.
Akhirnya...
Ini merupakan aturcara HTML kita:

Kekotak bersempadan dengan bucu melengkung. Kredit kepada Kripkorn Studios

</div
Dan ini pula arahan CSS:
.t {background: url(dot.gif) 0 0 repeat-x; width: 20em}
.b {background: url(dot.gif) 0 100% repeat-x}
.l {background: url(dot.gif) 0 0 repeat-y}
.r {background: url(dot.gif) 100% 0 repeat-y}
.bl {background: url(bl.gif) 0 100% no-repeat}
.br {background: url(br.gif) 100% 100% no-repeat}
.tl {background: url(tl.gif) 0 0 no-repeat}
.tr {background: url(tr.gif) 100% 0 no-repeat; padding:10px}
Alternatif lain... Tetapi...
Sebenarnya, terdapat alternatif lain tanpa menggunakan sebarang gambar yang memudahkan kita untuk menghasilkan bucu melengkung kepada kekotak bersempadan tetapi cara ini hanya boleh diaplikasikan kepada pengguna yang menggunakan MOZILLA dan SAFARI sahaja.
Masukkan arahan CSS ini pada elemen
dengan diikuti arahan border:
.kekotak {
background-color: #cccccc;
-moz-border-radius: 5px;
-webkit-border-radius: 5px;
border: 1px solid #000000;
padding: 10px;

Dan ini pula arahan untuk HTML:

Kekotak bersempadan dengan bucu melengkung. Kredit kepada Kripkorn Studios

Masalah ini akan diselesaikan selepas CSS3 diaplikasikan sepenuhnya dengan kehadiran atribut border-radius yang disokong oleh semua jenis pelayar.

Kemas kini: Mar 17, 2012
Komen-komen
Hmm dengan cara ini, kita tidak perlu gunakan img bacground. File image yg digunakan pun kecil 1 pxl.. jimat masa loading. Selain cara diatas, tak adakah module atau script yang boleh diguna? Maaf jika ini kategori soalan bodoh..
Module bergantung kepada jenis CMS yang digunakan. Stakat ini, kalu Drupal tidak ade module spesifik untuk buat border lengkung kerana perkara ini hanya melibatkan styling menggunakan CSS sahaja.
Tetapi kalu untuk script, terdapat satu sumber yang pernah saya jumpa dimana fungsi CSS digabungkan dengan Javascript. Kemudian setiap eleman DIV yang dinyatakan di bahagian javascript secara automatisnya akan ditukarkan kepada kekotak melengkung menjadikannya senang. tidak perlu untuk melakukan pengubahsuaian untuk setiap satu2 DIV
Saya mahu masuk laman web ini..Kalau boleh dengan serta-merta. Terima Kasih