18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Konfigurasi klien emel pada pelantar Android

Umum Penulis: parasolx (Aug 28, 2011)
kemas kini Kemas kini: May 02, 2012
Artikel bebas-Konfigurasi klien emel pada pelantar Android

Sinopsis

Akses ke emel sangat penting apabila anda menggunakan telefon pintar. Android didatangkan dengan aplikasi Gmail untuk urusan emel. Android juga menyokong penggunaan perkhidmatan emel selain daripada Google Gmail.

Tutorial kali ini akan menunjukkan secara lengkap tatacara untuk melakukan konfigurasi bagi klien emel menerusi aplikasi emel yang telah didatangkan dengan Android. Terdapat beberapa aplikasi lain yang boleh dimuat turun di Android Market seperti K-9 Mail. Tetapi yang penting anda perlu mempunyai telefon pintar yang dipacukan dengan pelantar Android.

Tangkap layar Keterangan
Pertama, pastikan anda berada di bahagian paparan utama. Sentuh ikon "Applications" untuk ke ruangan aplikasi.
Di ruangan aplikasi, sentuh ikon "Email". Sekiranya anda menggunakan klien emel yang lain, boleh gunakan tatacara dan konsep yang sama seperti di terangkan dalam tutorial ini.

Ini adalah paparan utama untuk ruangan aplikasi Email. Tiada sebarang emel telah dikonfigurasi sebelum ini.

Masukkan alamat emel anda terlebih dahulu.

Seterusnya masukkan kata laluan untuk emel tersebut.

Sentuh butang Next.

Sekarang kita perlu memilih jenis protokol sambungan yang disokong oleh emel tersebut. Anda boleh dapatkan informasi ini daripada pentadbir emel tersebut.

Dalam contoh ini, emel yang saya gunakan menggunakan talian POP3 (Post Office Protocol versi 3).

Konfigurasi ini adalah untuk menarik dan memuat turun emel daripada pelayan,

Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk emel sebelum ini.

Seterusnya masukkan alamat untuk POP3 dan nombor port yang membenarkan capaian dibuat. Anda perlu dapatkan maklumat ini daripada pihak penyedia perkhidmatan.

Pilih tahap keselamatan untuk sambungan dan capaian dibuat. Selepas selesai, sentuh butang Next.

Seterusnya adalah konfigurasi untuk membolehkan kita menghantar keluar emel.

Masukkan alamat untuk SMTP dan nombor port untuk capaian tersebut. Dapatkan maklumat ini daripada penyedia perkhidmatan.

Pilih jenis tahap keselamatan untuk capaian. Pastikan "Require sign-in" diaktifkan.

Masukkan sekali lagi nama pengguna dan kata laluan untuk emel tersebut.

Dalam pilihan Android, terdapat beberapa jenis tahap keselamatan sambungan untuk setiap capaian.

Kebanyakan perkhidmatan emel antarabangsa menggunakan SSL dan TLS. Pihak Google menggunakan TLS.

Sekiranya anda salah memilih jenis tahap keselamatan, tiada sebarang emel dapat diterima dan dihantar keluar. Dapatkan maklumat daripada pihak penyedia perkhidmatan.

Sekarang Android meminta kita untuk memasukkan konfigurasi tempoh selang masa untuk semakan dilakukan.

Dan jumlah muat turun emel yang akan dilakukan. Pilihan All akan memuat turun dan menyimpan sepenuhnya emel ke dalam telefon.

Aktifkan pilihan Send email from this account by default jika anda mahu ianya menjadi emel utama sistem.

Aktifkan Notify me when email arrives untuk notifikasi emel baru.

Ini adalah antara pilihan selang masa untuk Android kotak emel.

Jika anda menggunakan perkhidmatan emel yang terhad dari segi kelajuan dan had muat beban, dicadangkan untuk menggunakan selang masa yang lebih besar.

Sekiranya penggunaan emel adalah kritikal, gunakan selang masa yang lebih kecil seperti 5 minit.

Sekarang kita sudah sampai ke tahap akhir.

Masukkan nama untuk konfigurasi emel ini agar mudah untuk kita kenali.

Dan masukkan nama anda yang akan dipaparkan pada bahagian penghantar (sender) setiap emel yang dihantar keluar.

Setelah anda sentuh butang Done sebelum ini, Android akan mula memuat turun emel daripada pelayan. Proses ini akan selesai setelah 25 emel yang pertama dimuat turun.

Sekiranya tiada sebarang emel dimuat turun atau tiada sebarang proses dilakukan, semak kembali konfigurasi yang kita lakukan.

Ini adalah contoh emel-emel yang telah berjaya dimuat turun ke dalam telefon saya.

Dalam contoh ini saya menetapkan supaya Android menyemak sehingga 50 emel pertama yang anda boleh konfigurasi sendiri.

ID untuk emel ini ditunjukkan dengan alamat emel dibahagian atas.

Cubaan untuk POP3 telah berjaya. Seterusnya kita akan lakukan ujian terhadap konfigurasi SMTP.

Pada telefon Android anda, sentuh butang Advance (butang sebelah kanan Home button).

Sentuh ikon Compose untuk menghantar emel yang baru.

Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sama seperti emel-emel lain.

Dalam contoh ini, saya lakukan ujian untuk menghantar emel ke akaun Gmail.

Selepas beberapa saat, akaun Gmail saya menerima satu emel baru.

Emel yang sama seperti yang dihantar sebelum menunjukkan konfigurasi SMTP telah berjaya. Sekiranya tiada sebarang emel diterima daripada akaun ujian, semak semula konfigurasi.

Dapatkan pengesahan daripada pihak penyedia perkhidmatan untuk maklumat yang diberikan.

Selamat mencuba.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
zahid's picture
TQ sebab sudi menyediakan tutorial ini. Memang spesifik untuk orang MOH. Dah berzaman try cara mat salleh. x boleh2...anda memang kelasss
parasolx's picture

Sama-sama... sila sebarkan kepada mana-mana rakan yang mencari kaedah yang sama untuk konfigurasi klien emel pada smart phone masing2.

Nizar's picture
Terima kasih banyak2 saya nak ucapkan. Process sama jugak untuk outlook 2011 for mac. Sekali lagi saya nak ucapkan, Thanks :)
parasolx's picture

sama-sama nizar. sepatutnya ada tutorial untuk tetapan email client bagi outlook. tapi masih belum ade kelapangan. tetapi nizar berjaya lakukan maknanya setting yg sama boleh digunakan untuk sesiapa yang berminat menggunakan outlook.

phreak.kid's picture
Salam, nak tanya sikit.. dulu saya pkai stock rom HTC Ace gingerbread. Setup email mohcube guna konfigurasi di atas, boleh guna. Baru2 ni saya root android saya dan install custom rom cyanogenmod-7.1.0. tapi bila nak setup email mohcube guna konfigurasi yang sama keluar 'username or password is incorrect' dah 4@5 kali saya cuba tetap tak boleh sedangkan bila login dari browser boleh..So nak tanya macam mana ye nak setup balik email mohcube ni? tima kasih
parasolx's picture

Salam...jika sebelum berfungsi maknanya root yg baru tuh ade masalah atau mungkin telah dimodify daripada sistem yang asal.kena periksa balik email modification apps tuh.cuba periksa port la.sebab kemungkinan besar masalah tuh berpunca drpd port tak dilepaskan.

celelugika85's picture
Nak tanya sikit tentang SMTP server tu,port dia bukan 587 ke?lagi satu contact dalam moh cube tu boleh import ke dalam phone ke?
parasolx's picture

Port bergantung kepada email provider. Kebiasaanya mereka guna 587. Cuba buat testing sending email, jika berjaya keluar, maknanya port tersebut boleh digunakan. Tapi aku dah buat testing untuk mohcube pakai 2525 lagi stabil. semua boleh digunakan.

untuk import contact, android boleh import CSV tapi rasanya kena cari tutorial atau guna apps untuk import contact menerusi CSV. tapi paling mudah, import contact ke dalam Gmail, kemudian sync dengan Android.

syukri awang's picture
Assalamualaikum. aya ingin bertanya. Bagaimana jika saya ingin mengimport contact dari email moh cube. Import ke csv atau vcf? Dari menu email moh cube tiada option untuk import berkenaan.v terima kasih di atas ilmu Tuan kongsikan.
parasolx's picture

Salam... sebenarnya inilah kelemahan emel MOHCube kerana ianya sememangnya tidak dilengkapi dengan fungsi untuk mengeksport senarai emel. Tapi ada cara yang lain boleh dilakukan. Cuba akses kebahagian Contact yang boleh ditemui di bawah tab Personal (seingat saya la).

Kemudian saudara copy keseluruhan table untuk senarai page by page ke dalam microsoft excel. Kemudian, dari Excel, simpan file menerusi arahan Save as. sebelum simpan tukar dahulu format fail yang hendak disimpan kepada CSV (Comma Separate Value). Siap.

Semoga berjaya.

syukri awang's picture
Alhamduillah. Berjaya. Akhirnya... Ilmu tuan amat berguna. Syukran jazilan. Cuma ada satu lg kemusykilan. Saya telah cuba Setting e-mail moh cube didalam outlook express di pejabat (hospital Tanjong Karang) berpandukan kepada konfigurasi yang Tuan ajarkan di blog ini. incoming mail berjaya, outgoing mail gagal. Adakah port 2525 di halang pda rangkain moh.net. terima kasih atas keprihatinan tuan didalam menilai kemusykilan ini.
parasolx's picture

Salam.. seingat saya, pernah satu buatkan satu email klien pengguna MOH dengan Outlook 2007 dan 2010, semuanya berjalan tanpa masalah. Cuba periksa kembali konfigurasi SMTP (outgoing).. pastikan ianya juga mesti log masuk.

Dan satu lagi kelemahan emel MOHCube menggunakan moh.net nih, connectionnya kurang stabil sedikit. dan boleh dikatakan agak perlahan. jadi perlu bersabar sedikit. cuba tengok selepas sehari. kadang2 dia delay sket untuk pertama kali. tapi selepas itu email dpt dihantar dengan baik.