Pengenalan Mengenai Intergrasi Joomla 1.5 dan phpBB3
Dalam tutorial ini kita akan lakukan intergrasi antara Joomla 1.5 dan phpBB3. Intergrasi bermaksud menggabungkan dua perisian (dalam konteks ini CMS Joomla dan Bulletin Board phpBB) menjadi satu. Proses intergrasi ini hanya melibatkan proses pendaftaran, log masuk, log keluar dan senarai bacaan topik/pos pada phpBB boleh dipaparkan pada Joomla dan dilakukan hanya sekali. Maknanya, pengguna hanya daftar, log masuk atau log keluar hanya sekali sahaja dan disinkronasikan pada kedua-dua perisian ini.
Anda mungkin melihat yang phpBB seolah-olah dimasukkan terus ke dalam Joomla seperti Joomla.org, tetapi sebenarnya proses ini perlu dipanjangkan ke bahagian modifikasi templat phpBB. Saya akan tunjukkan dari awal sehingga proses ini selesai.
Nota:
- Anda boleh mencuba dahulu pada Localhost. Setelah berjaya barulah mencuba di live server.
- Sekiranya Joomla pada live server sudah mempunyai data, pastikan anda backup dahulu keseluruhan Joomla dan pangkalan datanya.
- Saya telah mencubanya di live server yang mempunyai data dan pengguna berdaftar, semuanya berjalan dengan lancar.
Keperluan
Sebelum kita teruskan, pastikan anda telah mempunyai perkara tersebut di dalam komputer anda.
- Joomla 1.5 Stable (hanya Joomla 1.5 sahaja, 1.0 tidak boleh dilakukan)
- Rockbridge 1.0 rc9 (pastikan anda download rc9 bukan rc8). Klik di sini untuk download.
- phpBB 3.0.4 Stable. Klik di sini untuk download phpBB3.
Pastikan server pada Localhost anda telah diaktifkan mod_rewrite sebelum proses ini dijalankan. Jika tidak anda akan mengalami masalah Server Internal Error 500.
Proses Pemasangan
Seperti biasa, pasangkan Joomla 1.5 pada localhost. Sekiranya anda masih lagi baru, ikuti pemasangan Joomla 1.5 di sini. Setelah selesai pemasangan Joomla 1.5 kita akan teruskan dengan pemasangan phpBB3.
PENTING!
Anda mempunyai 2 pilihan untuk pemasangan phpBB ini sama ada menggunakan pangkalan data (database) yang berlainan atau database yang sama dengan Joomla. Kedua-duanya tiada masalah.
Kelebihan menggunakan satu database memudahkan proses backup database dilakukan hanya sekali untuk merangkumi kedua-dua database perisian (Joomla dan phpBB). Saya cadangkan agar pemasangan phpBB digabungkan terus pada database Joomla.
"Extract" atau kembangkan fail zip phpBB3 tadi pada ruangan Desktop terlebih dahulu. Kemudian pindahkan folder phpBB3 tadi ke dalam folder Joomla. Perhatikan gambar rajah dibawah ini:

Ini adalah saat genting sebelum proses seterusnya dilakukan. Sekiranya anda mahukan pautan pada laman web seperti ini: "http://www.nama-web.com/forum", pastikan nama folder untuk phpBB3 ini tidak menggunakan nama yang sama iaitu "forum". Gunakan nama lain dan dalam contoh ini saya biarkan "phpBB3" kerana diakhir sekali saya mahukan alamat tersebut menjadi seperti yang saya nyatakan sebelum ini.
Anda mungkin agak keliru sekarang, tapi untuk percubaan letak sahaja nama seperti yang saya cadangkan. Seterusnya, proses pemasangan phpBB3 pada localhost. SILA IKUTI TUTORIAL INI. Nanti dulu...
Untuk pemasangan phpBB3 ini, anda haruslah pasang dari folder Joomla dan BUKAN melakukan pemasangan phpBB3 yang lain pada folder <root> (www atau htdocs). Targetkan URL pada pelayar anda dengan http://localhost/joomla/phpbb3.
Pada langkah ke (7), iaitu proses kemasukkan maklumat database, oleh kerana kita mahu gabungkan database Joomla dan phpBB pada satu database, pastikan pada ruangan "Database Name" dimasukkan nama database Joomla.
Saya anggapkan proses pemasangan phpBB tadi telah selesai dan tidak mengalami apa-apa masalah. Sekiranya mempunyai masalah, sila kemukakan pada bahagian forum kami. Seterusnya kita akan memulakan proses intergrasi dengan memasang component Rokbridge pada Joomla.
Pemasangan komponen Rokbridge
Masuk ke ruangan Administrator Joomla, menu Extension dan klik Install/Uninstall.

Seterusnya, klik "Browse" dan cari component Rokbridge yang telah anda download pada awal-awal tutorial. Kemudian klik "Upload File & Install". Setelah selesai dan berjaya, mesej akan dipaparkan.


Seterusnya akses component tadi di: Compenent > Rokbridge.

Paparan ini akan dipaparkan. Ini merupakan peringkat genting. Sila baca dan paham betul-betul.

Terdapat status "The phpBB3 path can not be found" akan keluar kerana nilai asal yang dimasukkan oleh Rokbridge untuk folder phpBB3 adalah distribution. Kembali ke yang pertama, kita mahukan pautan forum seperti ini: http://localhost/joomla/forum, maka untuk "Bridge path" masukkan nilai "forum". Jika anda mahukan nama lain seperti "komuniti", masukkan nama tersebut.
Untuk "phpBB3 path", masukkan "phpBB3" kerana forum phpBB3 tadi telah kita pasangkan dalam folder tersebut. Aktifkan semua pilihan SEF untuk mendapat URL yang cantik dan "bot friendly" dan aktifkan "Force Remember Me" untuk memastikan pengguna sentiasa log masuk. Seterusnya klik "Save" di atas sebelah kanan. Tetapan yang terakhir adalah seperti ini:

Seterusnya, klik "Install" untuk "phpBB3 Bridge", diikuti dengan "phpBB3 Authentication Plugin" dan kemudian "phpBB3 Patch". Setelah selesai, ini anda akan dapat:

Tetapan Untuk phpBB3
Seterusnya kita perlu masukkan tetapan untuk phpBB3 bagi membiarkan hanya Joomla! sahaja menguruskan segala proses tambah, buang dan ubah suai pengguna. Log masuk sebagai administrator di bahagian forum dengan tambahkan "/phpBB3" pada alamat laman Joomla! dan terus ke bahagian ACP.
Pastikan anda log masuk menggunakan ID semasa anda pasang phpBB3 dan bukan ID Joomla kerana proses belum lagi selesai. Di bahagian "Client Communication", klik pautan "Authentication". Kemudian pada pilihan "Select an authentication method", pilih Joomla. Seperti ini:

Setelah anda klik "Submit", maka selesai proses intergrasi. Sekarang, cuba anda berada di muka depan Joomla dan tambahkan "/forum". Jika phpBB3 dipaparkan, maka semuanya berjalan lancar.
Memasukkan pautan Forum pada Joomla
Anda boleh untuk membuat "direct link" tetapi lebih baik kita gunakan Rokbridge Menu. Katakan saya mahu masukkan pada "top menu", terus ke bahagian: Menus > Top Menu. Kemudian klik "New". Klik "Rokbridge". Kemudian tetapkan semua pilihan di bawah "Menu Item Details". Jika mahu forum tersebut hanya boleh dilihat oleh ahli berdaftar, letakkan pilihan "Registered" atau "Public" untuk umum.
Seterusnya klik pada pilihan "Parameter (Component)" di sebelah kanan. Masukkan semua ruangan sama seperti dalam Rokbridge tadi. Kemudian "Save". Anda boleh rujuk gambar dibawah sebagai panduan.

Dan jika anda lihat pada paparan halaman depan Joomla!, akan ada menu tersebut:

Isu Pendaftaran Pengguna Baru
Proses intergrasi telah pon selesai. Tetapi sekiranya terdapat pengguna baru ingin mendaftar, mereka boleh mendaftar sama ada melalui Joomla! atau phpBB3. Ini akan menimbulkan konflik, jadi kita perlu tetapkan hanya ada satu ruang sahaja untuk mendaftar, iaitu melalui Joomla!. Terdapat 2 cara iaitu:
- Tetapkan hanya pengguna berdaftar boleh memasuki forum melalui tetapan pada "Menu details" dibahagian menu tadi.
Cara ini mungkin menyebabkan pengguna rasa mereka terpaksa mendaftar dahulu sebelum dapat melihat forum. Kita mahu biarkan pengguna lihat dahulu forum kita. - Matikan proses pendaftaran pada phpBB3.
Ini adalah cara yang terbaik.
Jadi, untuk mematikannya, masuk ke bahagian ACP phpBB3. Anda sudah boleh menggunakan ID pada Joomla untuk log masuk. Terus ke "Board Configuration" pada tab "General" dan klik pautan "User registration settings". Kemudian pada "Account activation", pilih "Disable". Kemudian "Submit". Selesai.

Isu Theme/Template
Rasanya ini adalah bahagian yang paling ditunggu-tunggu. Jika anda perasan, apabila dari Joomla, klik sahaja pautan forum dan theme Joomla! tidak dimasukkan ke dalam phpBB3, sebalik menggunakan theme phpBB3 yang asal.
Kenapa? Bukan ke dah intergrasi ke? Seperti yang saya bagitau sebelum ini, intergrasi ini hanya melibatkan pengesahan identiti pengguna sahaja TIDAK termasuk theme. Sama ada anda boleh gunakan "Wrapper" atau lakukan sedikit pengubahsuai theme mudah. Teknik "wrapper" tidak saya galakkan kerana kelihatan tidak professional.
Kita akan buat "trick" kepada pengguna supaya mereka tertipu dengan teknik ini. Hehehe.. Saya gunakan theme Joomla! yang asal. Sekiranya anda mempunyai theme yang berlainan, gunakan tutorial ini sebagai panduan dan kreatif sedikit.
Pastikan anda berada pada halaman utama Joomla! dan paparkan "page source" untuk laman yang telah dihasilkan oleh Joomla! melalui perisian pelayar anda (browser).

Jangan tersalah melihat skrip atau koding asal Joomla (seperti index.php) sebaliknya "page source" yang anda boleh lihat melalui fungsi pelayar web anda.

Perhatikan pada skema theme untuk Joomla! asal. Kita akan masukkan phpBB3 ke tempat tersebut. Kita hanya perlu menyalin koding yang dihasilkan oleh Joomla! melalui "source" dan dimasukkan ke dalam template phpBB3. Untuk kawasan biru, keseluruhan koding perlu dimasukkan ke dalam fail overall_header.html manakala hijau dimasukkan ke dalam overall_footer.html.
Overall_header.html
1. Ini adalah "source" untuk template Joomla!. Salin kod ini dari mula hingga akhir merujuk kepada yang berlatar kuning:
</head> <body id="page_bg" class="color_blue bg_blue width_fmax"> <a name="up" id="up"></a> <div class="center" align="center"> <div id="wrapper"> sehingga </div> <div id="whitebox_m">
<div id="area"> <div id="leftcolumn"> <div class="module_menu">
Dan bukak fail: phpBB3\styles\prosilver\template\overall_header.html
Tampalkan (paste) kod tadi selepas:
<body id="phpbb" class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}">2. Kemudian, salinkan ke semua pautan "stylesheet" Joomla! iaitu:
<link rel="stylesheet" href="../templates/system/css/system.css" type="text/css" /> <link rel="stylesheet" href="../templates/system/css/general.css" type="text/css" /> <link rel="stylesheet" href="../templates/rhuk_milkyway/css/template.css" type="text/css" /> <link rel="stylesheet" href="../templates/rhuk_milkyway/css/blue.css" type="text/css" /> <link rel="stylesheet" href="../templates/rhuk_milkyway/css/blue_bg.css" type="text/css" /> <!--[if lte IE 6]> <link href="../templates/rhuk_milkyway/css/ieonly.css" rel="stylesheet" type="text/css" /> <![endif]-->
Dan tampalkan dalam fail yang sama tadi cume kedudukannya yang agak berbeza iaitu di dalam <head></head>.

Pastikan anda meletakkan pautan yang betul iaitu dengan menukarkan nama folder Joomla! kepada "../" kerana phpBB3 berada satu folder ke dalam. Kemudian masukkan selepas tag <head>. Pastikan selepas tag ini dan bukan sebelum </head> kerana hasil yang teruk anda akan dapat.
3. Kemudian, ubahkan kod
<body id="phpbb" class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}">kepada
<body class="section-{SCRIPT_NAME} {S_CONTENT_DIRECTION}" id="page_bg" class="color_blue bg_blue width_fmax">
Overall_footer.html
1. Seterusnya, salin "source code" Joomla! dari:
</div>
<div class="clr"></div>
</div>
<div class="clr"></div>
</div>
<div id="whitebox_b">
<div id="whitebox_bl">
<div id="whitebox_br"></div>Sehingga sebelum </body>. Kemudian bukak fail: phpBB3\styles\prosilver\template\overall_footer.html
2. Dan tampalkan (paste) sebelum tag </body>.
Seterusnya, simpan kedua-dua fail tersebut. Terus ke bahagian ACP, klikkan butang "Purge cache". Kemudian lihat forum anda sudah bertukar seperti ini:

Perhatian
Proses modifikasi template ini hanya melibatkan kemasukan koding dan jika berlaku sebarang perubahan pada template Joomla!, maka tidak akan memberi kesan kepada phpBB3. Jadi anda perlu ulang semula proses tadi dari awal hingga akhir.
Modul-modul seperti "Text rotator" juga tidak akan dipindah masuk ke dalam phpBB3 kerana kedua-dua tidak bersangkut paut.
Jadi terpulang kepada kekreatifan anda melakukan modifikasi template ini. Tutorial ini hanya menerangkan cara, panduan dan konsep sahaja. Jika merasakan agak susah, anda boleh gunakan kembali alternatif pertama, iaitu "Wrapper".
Muat turun Theme Siap Sedia
Mungkin bagi yang baru sahaja menggunakan phpBB agak sukar untuk anda memahaminya. Jadi di sini saya menyediakan template siap sedia yang telah dimodifikasi oleh Badang untuk anda muat turun.
Muat turun fail ini (attachment), extract dan kemudian masukkan ke dalam folder "phpBB3/styles/". Masuk ke ACP > Styles. Klik "Install" dan setkan sebagai template "Default".
Siap.
| Attachment | Size |
|---|---|
| phpbb_milky.zip | 400.72 KB |



Kemas kini: Nov 03, 2010
Komen-komen
thanks. nice information.
i have been success integrate my joomla with phpbb3.
im still test it on localhost.
thank you for testing it.
hopefully got feedback if you have upload in the live server.
wanna to know about it. tq.
i'm know about the basic of joomla, and im integrated the user using component.
nice.. hopefully you can add any info to this tutorial or update about it.
you can put under comment, or if you have diff way to integrate this thing, you can post it under Kolaborasi
ok. saye rase tak ada masalh dengan cara ini. tapi bile ada yang baru akan saye beri tahu,
terima kasih banyak2 kerana membantu,,
PHP Version 5.3.0,,,,mcm mana nk downgredkan? ada link untuk download tak?
boleh cuba download xampp.
di sana mereka sediakan semua list xampp tersebut dengan php version setiap satu.
boleh cuba download yang ini: http://sourceforge.net/projects/xampp/files/XAMPP%20Windows/1.7.1/
XAMPP versi 1.7.1, yang mana PHP version 5.2.9.
versi apa tu.,rokBrige atau phpBB?
versi PHP pada server. cuba check dengan create satu file bernama phpinfo.php.
dan masukkan kod aturcara ini:
<?phpphpinfo();
?>
dan runkan file ini menerusi address browser.
joomla 1.5
phpBB 3
Rokbridge 1.0rc13
hrm, saya rasa mungkin ia bermasalah dengan versi php.
apakah versi php yang digunakan? selalunya fungsi deprecated ini disebabkan anda menggunakan versi php yang terlalu baru. cuba downgradekan kepada versi 5.2.9 (paling maksimum).
salam,,,interface sye buat jd,,,tp sye x faham...kat rokBridge tue,,,die kluar benda nie,
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 216
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 611
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 649
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 669
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 686
Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in C:\wamp\www\joomla\administrator\components\com_rokbridge\admin.rokbridge.php on line 702....harap dapat membantu...
boleh saya tahu apakah versi joomla, rokbridge dan phpbb yang digunakan?
sebab selalunya error akan keluar disebabkan versi yang berlainan dari tutorial di atas.
Salam kengkawan,
Saya telah berjaya melakukan integrasi Joomla & phpBB3 tanpa sebarang masalah seperti tutorial di sini:
http://kripkornstudios.com.my/kompleks/joomla/integrasi-joomla-15-dan-phpbb3
tetapi terdapat beberapa isu yang timbul.
Saya telah install di RokBridge Login Module dari:
http://www.rockettheme.com/extensions-downloads/free/rokbridge/1018-login-module/download
Dan masalah saya ialah masih dua kali login untuk akses ke forum tersebut. Harap dapat membantu.
Terima kasih
satu pertanyaan, mengapa perlu install Rokbridgr Login Module? sebab dalam proses integrasi ini kita tidak memerlukan module tambahan untuk menguruskan proses log masuk atau keluar. Proses ini menggunakan login form default Joomla.
kalu saudara gunakan module lain, proses menetapan cookies dan session sudah tidak sama. module rokbridge digunakan sekadar untuk synchronizekan antara cookies Joomla dgn phpBB. adakah login dgn default form bermasalah? jika ianya bermasalah, maka ade step2 yang tertinggal ATAU versi yang digunakan tidak sama.
Yup! Default form boleh login dalam Joomla tetapi bila mahu ke forum kena login lagi sekali. Saya rasanya tiada step yang tertinggal. Versi tidak sama pulak masih tidak pasti adakah ianya faktor huuhuhu
Versi memainkan faktor. Jika versi Rokbridge yang digunakan tidak sama, walaupun tutorial ini diikut satu per satu, tapi mungkin tidak menjadi kerana jika Versi lebih baru digunakan, perlu rujuk semula tutorial atau panduan yang diberikan dalam zip file rokbridge.
tambahan phpBB skrg dah versi 3.0.7. yang ini berlaku banyak penambahan fungsi dan perubahan kod pada file2 penting seperti function_user.php dan banyak lagi. sekali lagi kena rujuk sama ada rokbridge yng terbaru menyokong versi phpBB 3.0.7 atau tak.
Salam parasolx,
Jika tidak keberatan, bolehkah saudara mengemas kini tutorial ini di mana saudara mencuba sekali lagi pemasangan Rokbridge ke atas Joomla utk integrasi dengan phpBB . Saya baru mengenali dunia Joomla + Rokbridge jadi saya rasa sekiranya Encik Parasolx dapat meluangkan masa sekali lagi untuk memberi kepastian adakah versi sekarang sudah tidak boleh diguna pakai. Sekiranya Encik Parasolx dah umumkan tak praktikal lagi jadi saya rasa umumnya orang yang baru seperti saya pasti tidak terkial kial lagik mencari jawapan :)
Terima kasih.
Sebenarnya tutorial ini sudah dikemaskini sebanyak 3 kali kerana perbezaan versi keluaran setiap modul dan sistem. bukan tidak mahu mengemaskini tutorial ini tetapi memandangkan Kripkorn Studios sekarang akan lebih fokus kepada Drupal dan phpBB, jadi kebanyakan tutorial selain dari dua sistem ini disumbangkan oleh ahli-ahli komuniti.
tapi saudara boleh cuba dapatkan bantuan dari komuniti kerana ada di antara ahli-ahli di sini yang bergiat cergas dalam Joomla. utarakan masalah versi yang berlainan ini di forum.
Salam.sy cuba guna smf dan berjaya install.cuma sekarang macamana jdkan template smf sama dgn template home. Adkah sama mcm kaedah joomla di atas?
yea.. lebih kurang sama sahaja. cuma kena tgk dan perhatikan struktur kod pembinaan templat untuk SMF.
sebab ianya menggunakan struktur yang berlainan. itu sahaja.
Integrasi drupal dgn forum bagaimana?? sama ke dgn joomla..?
tidak. integrasi Drupal dengan phpBB lagi mudah. hanya download module ini: http://drupal.org/project/phpbbforum
1. install phpBB dalam folder di dalam folder Drupal.
2. kemudian aktifkan module tersebut.
3. masukkan tetapan/settings daripada module.
4. selesai.
module ini memberikan pilihan sama ada anda mahu phpBB di"wrap" masuk ke dalam theme Drupal ATAU phpBB separate dari Drupal tetapi proses log in dan masuk diselaraskan.
ada error la..xboleh pun.setting dr mana?
sy dh install module phpbbforum tu.
kalo nak setting sy dh masuk ke site configuration>>phpbbforum settings
tp error..
error y dpapar begini
Fatal error: Cannot redeclare user_delete() (previously declared in.....
phpbb version terbaru ke?
dalam setting module phpbbforum tuh kena assignkan table yang digunakan pada phpbb dengan drupal. sebab jadi mcm tuh kerna kita tak assign, jadi module tuh dia xbleh nak synchronize dua database.
apabila drupal cuba untuk delete user dari database Drupal, ia tak boleh nak buat perkara yang sama pada database phpbb sebab kita belum assign lagi table mana yang perlu dilakukan.
nak assign table mcmna?
assign dalam module setting phpbbforum drupal.
tgk dibahagian bawah2, ade bahagian yang perlu dimasukkan nama table phpbb.
tp masalhnya bila klik phpBBforum settings akan kuar fatal error tu..
adakah sebab nama admin xsama?