Kripkorn Studios, Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Table

Tutorial
HTML
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jun 04, 2009
kemas kini Kemas kini: Dec 28, 2010

Table

Jikalau diterjemahkan, maksudnya agak pelik iaitu "meja"? Sebenarnya istilah atau elemen tag ini menggunakan nama "table" adalah dengan mengambil sifat kedudukan atau susunan meja di suatu tempat. Sekarang cuba anda bayangkan satu kelas yang mempunyai 30 biji meja dan di susun rapi mengikut baris dan lajur tertentu.

Kita dapat mengetahui lokasi atau titik sesuatu meja dengan menyatakan baris ke berapa dan lajur ke berapa. Idea ini diaplikasikan dalam HTML bagi mewakili satu-satu ruangan sel data disusun dalam baris dan lajur tertentu. Penggunaan tag atau elemen ini memaparkan data-data atau maklumat dengan lebih jelas dan terancang.

Dalam HTML, ia dinyatakan dengan tag <table>. Kemudian dia dibahagikan kepada baris (row) yang dinyatakan dengan tag <tr> yang membawa maksud "table row". Kemudian setiap baris boleh dibahagikan kepada beberapa lajur (colum atau divide) yang dinyatakan dengan tag <td> yang membawa maksud "table data". Kehadiran kedua-dua elemen sokongan ini, <tr> dan <td> akan menghasilkan beberapa ruangan sel data yang boleh diisi dengan sebarang maklumat atau elemen lain seperti teks, gambar, senarai, perenggan dan juga borang.

Contoh:

Artikel atau tutorial di atas hanya dipaparkan sebahagian sahaja.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.