Sinopsis
Fantastico De Luxe digunakan untuk memasang CMS (Content Management System). Ini membantu anda dalam mengurangkan masa untuk memuat naik fail-fail CMS anda ke dalam pelayan web. Tidak semua pelayan mempunyai kemudahan ini.Joomla!
Di sini saya akan menggunakan contoh Joomla 1.5 untuk menerangkan cara-cara menggunakan Fantastico De Luxe.
-
Di bawah seksyen Content Management, klik Joomla 1.5, dan paparan berikut akan dipaparkan pada skrin anda.

- Klik New Installation
-
Pada ruangan Install Directory masukkan nama "folder" di mana Joomla 1.5 akan dipasangkan. Ini adalah penting kerana Joomla 1.5 anda akan dicapai menggunakan alamat tersebut.
Nota: Nama direktori yang anda masukkan itu adalah subdomain. - Masukan nama pengguna dan kata laluan bagi pengurus (admin).
- Masukan alamat e-mail, nama pengurus dan juga tajuk bagi Joomla 1.5 tersebut.
- Untuk sample data, saya sarankan agar anda biarkan ianya kekal dipilih (default value), ini untuk memudahkan anda mengubah suai laman web anda kemudian.
- Klik Install.
-
Sekiranya paparan seperti di bawah ditayangkan, anda sudah hampir berjaya untuk menginstall Joomla 1.5

- Klik Finish Installation
-
Anda akan di bawa ke paparan berikut jika tiada ralat berlaku dalam proses Installation. Sekarang anda boleh mencapai laman web anda dengan menggunakan URL yang diberikan pada paparan.

Limesurvey
Berikut adalah tatacara untuk memasang sistem Limesurvey menerusi Fantasisco Deluxe. Terlebih dahulu pastikan sistem ini telah wujud dalam versi Fantasisco anda.

- Setelah anda klik pada pautan Limesurvey, anda akan dibawa ke paparan ini untuk memulakan pemasangan.
- Install on domain: lokasi untuk Limesurvey dipasang pada domain. Ini sekiranya anda mempunyai 2 domain pada satu pengehosan web. Jika tidak, hanya satu pilihan sahaja yang muncul
- Install in directory: sekiranya anda mahu ianya dipasang dalam satu direktori (dalam kes terdapat sistem yang lain dibahagian root) tuliskan direktori di sini. Dalam contoh di atas, kita akan mengakses LimeSurvey nanti menerusi pautan http://example.com/limesurvey
- Administrator username: masukkan nama pengguna untuk pentadbir
- Password: kata laluan untuk akses ke ruangan pentadbiran
- Admin full name: nama sebenar pentadbir
- Admin email: alamat emel untuk pentadbir. Ini sangat penting sekiranya anda terlupa kata laluan.
- Preferred language: pilihan medium bahasa pengantar.
- Klik butang Install LimeSurvey.
- Setelah selesai, anda boleh memulakan penghasilan borang kajian menerusi http://example.com/limesurvey/admin/



Kemas kini: Sep 18, 2011
Komen-komen
assalam tuan tanah..boleh sertakan bagaimanakah untuk menginstall Limesurvey dlam ruangan fantastico deluxe ni..Tq
Fantastico Deluxe ini didatangkan dengan perisian pengendalian hosting. Kita tak boleh install sendiri. Sekiranya pihak penyedia hosting update kepada versi terkini, senarai-senarai perisian CMS open source yang tersenarai boleh dipasang ke dalam server dengan menggunakan konsep dan panduan yang sama seperti di atas.
Untuk kes saudara, cuba periksa di bahagian Fantasisco tersebut adakah wujud Limesurvey untuk dipasang secara automatik oleh CPanel. Sekiranya tiada, bermakna perisian tersebut masih belum disokong. Saudara perlu memasangnya secara manual berpandukan manual yang disediakan oleh pihak Limesurvey.
terima kasih atas balasan anda. di bahagian fantastico tersebut wujud Limesurvey yang disediakan pengendali hosting saya.
Short description: LimeSurvey (formerly PHPSurveyor) is an open source online survey application. It enables users to develop, publish and collect responses to surveys. Surveys can include branching, custom preferred layout and design (using a web template system), and can provide basic statistical analysis of survey results. Surveys can be public, or can be strictly controlled through the use of "once-only" tokens for each survey participant.
Homepage: http://www.limesurvey.org/
New Installation (1.90+)
Disk space required: 66.74 MB
Disk space available: 4558.5 MB
Current installations:
None
Install LimeSurvey (1/3)
Installation location
Install on domain
Install in directory
Leave empty to install in the root directory of the domain (access example: http://domain/).
Enter only the directory name to install in a directory (for http://domain/name/ enter name only). This directory SHOULD NOT exist, it will be automatically created!
Admin access data
Administrator-username (you need this to enter the protected admin area)
Password (you need this to enter the protected admin area)
Base configuration
Admin full name
Admin e-mail (your email address)
Preferred Language
Saya x faham untuk memasukkan butiran2 yang diminta..setelah dimasukkan installation tidak berjaya. Harap saudara dapat membantu saya.
Terima kasih..Jasamu dikenang.
Salam,
Saya sudah kemas kinikan tutorial ini dengan memasukkan tatacara untuk memasang LimeSurvey.
tq very much...