18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Empat (4) disiplin Kripkorn Studios


Bagi memastikan Kripkorn Studios sentiasa berada di tahap kualiti dan pengurusan yang ditetapkan, satu aspirasi terbaru dilancarkan dan diimplementasi secara serta merta. Satu program dilaksanakan dengan nama kod 4 Disiplin Kripkorn Studios, yang menekankan kepada produktiviti dan sasaran utama.

4DKS merangkumi empat elemen iaitu:

  1. Penghantaran artikel/kiriman terbaru akan dilakukan dalam tempoh minimum 5 hari untuk setiap kitaran
  2. Batu aras untuk cabaran kiriman ditetapkan kepada 1000, 1597, 2584, 4181 dan 6765
  3. Semua isu yang dibuka di bahagian forum (Drupal, phpBB dan Pembangunan laman web) akan diselesaikan dalam tempoh 7 hari
  4. Sumbangan tutorial dipantau dalam tempoh 7 hari dan dilepaskan ke bahagian portal selepas 7 hari

 

#1 Penghantaran artikel/kiriman dalam tempoh 5 hari

Sepanjang tiga tahun masih belum wujud satu masa tetap untuk memastikan pihak kami mengeluarkan dan menerbitkan tutorial/kiriman dalam tempoh tertentu. Setelah analisa dibuat dan mengambil kira tempoh waktu, kualiti artikel yang ditulis dan tuntutan masa yang akan digunakan, pihak kami telah meletakkan satu disiplin yang pertama iaitu untuk memastikan sekurang-kurangnya satu artikel akan diterbitkan dalam tempoh 5 hari.

Kitaran selama 5 hari ini memastikan pihak kami sentiasa berusaha mencari tajuk-tajuk artikel yang terbaik untuk dimuatkan di samping mencapai tahap sumber rujukan untuk tiga elemen penting dalam misi dan sasaran kami iaitu Drupal, phpBB dan pengaturcaraan web.

#2 Tetapan batu aras cabaran kiriman

Cabaran 1000 Tutorial merupakan titik permulaan kepada penanda batu aras selanjutnya. Tanda aras yang pertama ditetapkan adalah seribu yang menjadi titik permulaan kepada usaha kami menjadi satu pusat yang menyediakan tutorial dan artikel yang dikelaskan kepada profesional.

Tanda aras selanjutnya menggunakan formula Fibonacci bagi mendapatkan terjemahan sasaran iaitu 1597, 2584, 4181 dan 6765. Dalam kitaran yang pertama ini sasaran ditetapkan kepada 4 angka digit yang mewakili empat disiplin terbaru.

#3 Isu di forum diselesaikan dalam tempoh 7 hari

Dengan fungsi yang dipertingkatkan dibahagian forum, kini setiap isu yang dibuka di bahagian terpilih iaitu Drupal, phpBB dan Pembangunan laman web boleh ditandakan dengan tag "Selesai". Ini bagi membantu pihak komuniti yang lain mencari, mendapat dan mengesahkan setiap penyelesaian yang diberikan mempunyai maklum balas selesai.

Oleh itu, bagi memastikan setiap isu yang dibuka di ruangan ini akan diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 7 hari atau dari tarikh terakhir ianya mendapat maklum balas terakhir. Sehubungan itu, setiap kiriman balasan yang dilakukan akan diselangi dengan penghantaran notifikasi emel kepada semua pengguna yang terlibat dalam topik tersebut.

#4 Sumbangan tutorial dilepaskan kepada umum dalam tempoh 14 hari

Semenjak tahun 2010 ianya diwujudkan, Kolaborasi begitu kurang mendapat sambutan. Konsep yang ingin diterapkan dalam terma komuniti iaitu "Sharing is Caring" masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Disebabkan hal tersebut, pihak kami akan memastikan bahawa, setiap kiriman terbaru akan dipantau dalam tempoh 7 hari dari tarikh terakhir dihantar. Kemudiannya akan dilepaskan dalam tempoh 7 hari selepas ianya menepati sasaran dan format yang pihak kami tetapkan.