Sinopsis
Dalam tutorial Photoshop kali ini, kita akan belajar untuk menghasilkan satu kesan kepada gambar bagi mengembalikan suasananya kepada 40 atau 50 tahun kebelakang.Saya akan menggunakan beberapa gabungan efek yang biasa kita gunakan seperti "sepia", hitam putih dan beberapa manipulasi kesan khas seperti debu, calar dan elemen-elemen lain.
Bagi tujuan ini, saya menggunakan Photoshop CS2 seperti mana-mana tutorial yang terdapat dalam laman ini. Berikut merupakan gambar asal dan hasil akhir selepas selesai melakukan transformasi.


Langkah 1: Menambah "Hue & Saturation"
Buka gambar yang ingin dilakukan transformasi dengan Photoshop. Kita akan menambah satu "layer" untuk memberikan kesan "sepia" kepada gambar asal hanya menggunakan "Hue/Saturation layer adjustment". Klik pada ikon "New Adjusment Layer" pada bahagian palet Layer dan pilih "Hue/Saturation".
Seterusnya, ia akan membuka satu tetingkap yang baru bagi membolehkan kita memasukkan nilaian pada Hue, Saturation dan Lightness. Bagi menghasilkan kesan "sepia", anda perlu melakukan tetapan seperti yang saya tunjukkan seperti ini:

Klik pada pilihan "Colorize" terlebih dahulu kemudian masukkan nilai 40 untuk Hue, 25 untuk Saturation dan biarkan 0 untuk Lightness. Seterusnya klik sahaja "OK". Dari sini anda sudah dapat melihat yang gambar tersebut sudah bertukar kepada sepia.
Langkah 2: Gabungkan kesan ke dalam Layer baru
Untuk melakukan bahagian ini, pertama sekali anda perlu tekan kekunci "Alt" pada papan kekunci dan jangan lepaskan. Seterusnya dengan menggunakan tetikus, klik pada pilihan menu "Layer" sambil kekuncil "Alt" masih ditekan. Terusnya gelungsurkan anak panah ke pilihan "Merge Visible" dan klik.
Anda akan dapat melihat satu layer yang baru dihasilkan pada bahagian atas dengan kesan sepia digabungkan. Sekiranya kekunci "Alt" tidak ditekan bersama, kesemua elemen layer akan disatukan untuk menghasilkan satu layer sahaja.
Sekiranya ianya sukar untuk dilakukan, anda boleh menggunakan kekunci singkat seperti ini: Shift+Ctrl+Alt+E.
Hasil yang diperoleh adalah seperti dalam gambar disebelah ini. Seterusnya namakan semula layer yang terhasil tadi kepada "Glow" bagi memudah dan membantu kita untuk mengenal pasti setiap layer dengan melakukan klik dua kali pada nama "Layer 1".
Langkah 3: Memasukkan Efek Kabur
Bagi menaikkan kesan foto lama, kita perlu memasukkan efek kabur dan juga menaikkan kesan kontras tinggi pada gambar tersebut. Kesan tersebut akan kita lakukan pada layer "Glow" yang telah kita hasilkan sebelum ini. Gelungsur pada menu "Filter", pilih "Blur" dan klik pada pilihan kesan khas "Gaussian blur" yang mana merupakan efek yang paling banyak digunakan dalam teknik kesan khas gambar.

Seterusnya Photoshop akan memaparkan satu tetingkap untuk tetapan Gaussian blur. Gerakkan penanda "Radius" sehingga nilaian 6.0 dipaparkan atau anda boleh terus memasukkan nilai tersebut pada kotak yang disediakan. Dalam tutorial ini saya menggunakan gambar yang beresolusi rendah, maka nilai tersebut sudah memadai. Jika anda menggunakan gambar yang lebih tinggi kualiti, cuba tinggikan nilai tersebut.

Langkah 5: Mengubah "Mode Layer"
Efek "Gaussian Blur" menjadikan gambar kita terus menjadi kabur. Sebenarnya bukan ini yang kita mahukan. Kita mahu meninggikan kontras pada gambar asal. Jadi kita perlu mengubah mod penyatuan (blending mode) untuk layer tersebut. Dengan layer "Glow" dipilih pada palte Layer, klik pada jenis "blend" dibahagian atas dan tukarkan kepada "Overlay".
Maka hasil yang akan kita perolehi adalah seperti gambar dibawah. Perhatikan bahawa gambar tersebut mempunyai kesan warna yang lebih terang berbanding sebelum ini yang mana kesan bayang lebih gelap dan objek yang terang lebih menyerlah.

Namun begitu sekiranya anda perhatikan semula, efek yang kita hasilkan terlalu menyerlah sehingga menenggelamkan beberapa objek-objek kecil. Jadi bagi mengurangkan kesan tersebut, lakukan sedikit pengubahsuai pada bahagian "Opacity" yang terdapat pada palet Layer.
Bagi tutorial ini, saya merendahkan kadar "Opacity" kepada 70% bagi mengurangkan kesan cahaya dan menaikkan semula beberapa elemen seperti rumput dan daun yang hampir tenggelam dek kerana kesan cahaya dan bayang.
Langkah 6: Membuat Kesan Lens Lama
Setakat ini kita telah melakukan kesan penukaran warna foto dari original kepada warna foto lama dan beberapa kesan khas bagi menaikkan lagi efek tersebut. Seterusnya kita akan memasukkan kesan lens lama yang mana akan terdapat kesan-kesan hitam dibahagian birai gambar. Pertama kita perlu menghasilkan satu layer yang baru.
Dari menu Layer > New > Layer, atau boleh menggunakan kekunci pantas, Shift+Ctrl+N. Namakan layer terbaru kita ini sebagai "Edge". Seterusnya klik OK. Anda akan mendapati susunan layer yang terbaru adalah seperti berikut.

Seterusnya, kita kita akan penuhkan keseluruhan layer baru tersebut dengan warna hitam. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan alat "Paint bucket" tetapi saya akan tunjukkan cara dengan menggunakan teknik "filling". Dari bahagian menu Edit > Fill. Kemudian pada bahagian Contents, pilih "Black". Pilihan yang lain pastikan ianya kekal seperti biasa. Klik OK dan hasil yang kita mahukan dipaparkan.

Sekarang, keseluruhan gambar kita telah dilitupi dengan warna hitam. Seterusnya dengan menggunakan alat Elliptical Marquee pada palet Tools (klik dan jangan lepaskan sehingga keluar menu pilihan), kita akan melukis satu bulatan memenuhi gambar tersebut. Mulakan dari hujung bucu sehingga bucu silang yang bertentangan. Perhatikan gambar di bawah ini:


Seterusnya kita akan menebuk latar hitam tersebut agar paparan gambar asal akan kelihatan seperti di dalam tebukan lubang. Untuk melakukannya kita akan menggunakan "layer mask". Anda perlu tekan kekunci Alt dan jangan lepaskan dan klik pada butang ikon "Layer Mask" di bahagian bawah palet Layer. Anda akan dapati hasil pada tetingkap gambar dan layer adalah seperti ini:

Sekarang kita sudah mendapat gambaran awal pada foto tersebut. Seterusnya kita perlu hasilkan kesan yang lebih lembut. Kesan birai yang tajam perlu dibiaskan supaya kelihatan agak kabur sedikit. Jadi, dari menu Filter > Blur > Gaussian Blur akan digunakan sekali lagi. Untuk kali ini, saya meletakkan nilaian pada 25.2. Sekiranya anda menggunakan gambar berkualiti tinggi, nilai 40 mungkin lebih menarik.

Gambar kita sudah hampir dikembalikan ke zaman lampau. Tetapi jika perhatikan birai atau kesan lens yang terlalu gelap telah menutup beberapa elemen dalam gambar asal. Jadi, seperti biasa, kita akan rendahkan "Opacity" birai tersebut. Dalam contoh ini saya menetapkan nilaian Opacity pada 35% sahaja. Hasilnya adalah seperti ini:

Langkah 7: Menghasilkan Kesan Buruk
Foto lama kebiasaannya mempunyai kesan buruk, berdebu dan calar-calar. Bagi menaikkan mood kepada foto kita, kesan berdebu akan kita tambahkan. Jadi mulakan dengan menghasilkan layer yang baru, menu Layer > New > Layer dan namakannya sebagai "Noise". Seterusnya warnakan dengan warna hitam melalui menu Edit > Fill > Contents (Black), seperti sebelum ini. Hasil yang sepatutnya anda perolehi sepatutnya begini:

Kemudian kita akan menambahkan kesan efek debu. Dari menu Filter > Noise > Add Noise. Kemudian satu tetingkap tetapan untuk Noise dipaparkan. Kita mahu memasukkan kesan debu yang agak banyak, jadi gerakkan penanda hampir kepada 130%. Pastikan anda memilih penyerakkan "Gaussian" dan "Monochromatic" ditandakan. Seterusnya klik OK.

Seterusnya kita akan sisipkan kesan efek debu ini ke dalam gambar sebelum ini. Pada palet Layer, pilih mod "Soft Light" dan ubahkan nilaian Opacity kepada 18% supaya efek tersebut tidak keterlaluan. Ubahkan nilai tersebut untuk gambar yang berkualiti lebih tinggi. Dan akhirnya apa yang akan anda dapat adalah seperti ini:

Langkah 8: Menghasilkan Kesan Calar
Kemudian kita akan teruskan dengan memasukkan elemen calar pada gambar. Hasilkan satu layer yang baru kerana kita tidak mahu menganggu kesan efek yang lain. Dari menu Layer > New > Layer dan namakannya sebagai "Grain". Kemudian warnakan dengan warna hitam melalui menu Edit > Fill > Contents (Black). Begini kedudukan layer terakhir kita:

Kemudian dari menu Filter > Texture > Grain. Ini akan memaparkan tetingkap untuk Grain. Pertama kali setkan "Grain type" kepada "Vertical". Kemudian tingkatkan "Intensity" kepada lebih kurang 70. Dan akhir sekali "Contrast" kepada 80. Anda boleh bermain dengan kedua-dua nilai ini bagi menampakkan kesan calar yang sesuai bergantung kepada kualiti gambar. Hasil yang saya perolehi adalah seperti ini:

Seterusnya kita akan sisipkan kesan ini ke dalam gambar sebelum ini. Di bahagian palet Layer, setkan mod Layer dari "Normal" kepada "Screen". Apa yang akan terhasil di tahap ini adalah seperti ini:

Langkah 9: Mengembalikan Mood Gambar
Sepanjang proses menambahan kesan efek yang hampir 4 hingga 5 kita lakukan sebelum ini telah mengubah suai tona dan intensiti gambar asal. Perhatikan kebanyakan kesan warna telah dinaikkan dan gambar menjadi lebih terang. Oleh itu kita perlu lakukan ubahsuaian tona warna semula kerana foto lama biasanya kehilangan warna asal dan lebih suram.
Pada palet Layer, di bahagian bawahnya terdapat ikon "New Adjustment Layer". Klik ikon tersebut dan pilih "Levels". Sekiranya anda buntu, rujuk pada gambar di bawah ini.

Satu tetingkap Levels akan dipaparkan. Dibahagian ini, kita akan mengawal semula paparan intensiti warna yang akan dipancarkan. Sebelah kiri adalah warna hitam dan kanan adalah warna putih. Dalam keadaan ini, kita akan mengurangkan kekuatan warna hitam pada gambar, jadi nilai untuk hitam digerakkan ke kanan (lebih ke arah putih). Atau masukkan nilai 25.
Pengurangan pancaran hitam akan menaikkan kesan putih yang lebih. Jadi untuk sebelah putih (kanan), kita perlu kurangkan atau gerakkan penanda ke arah kiri sebanyak 25 menjadikan nilai tetapan kepada 230. Maka hasil tetapan terakhir kita adalah seperti ini:

Sekarang saya akan bandingkan kedua-dua kesan yang telah kita lakukan, dimana warna hitam bukan lagi warna hitam yang betul dan warna putih bukan lagi warna putih dan inilah yang terjadi sekiranya foto ditelan dek usia.

Langkah 10: Mengembalikan Originaliti Gambar
Ini merupakan langkah terakhir. Saya mahu mengembalikan sedikit originaliti pada gambar yang asal agar kelihatan lebih sempurna dan tona warna asal pada foto masih jelas kelihatan. Jadi kita kembali semula kepada layer "Hue/Saturation 1" yang dihasilkan di awal tutorial. Kurangkan Opacity kepada 80%. Dengan ini saya mengembalikan 20% original warna.
Dan inilah hasilnya:




Kemas kini: Feb 02, 2011
Komen-komen
klau nk buat bentuk love tu cam ne...tade plak juju jumpe kat situ bentuk love...
juju bleh cari dalam google dengan guna keyword "photoshop brush love"
ade banyak brush photoshop yang boleh dipasang kemudian just guna brush tersebut untuk buat bentuk love.
kemudian guna magic wand untuk buat selection berbentuk love..
klau bentuk love bleh tak para?
yang bahagian buat bulat tuh nak tukar bentuk LOVE ek..
boleh ajer.. bergantung kepada kreativiti sendiri.. tapi jadi pelek jer..
kalu orang tgk, zaman dulu xde plak lens tuh berbentuk love.. semua bentuk bulat jer.. hehehe :)