Modul tambahan D6, Penetapan lanjut Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Apr 24, 2010
Modul (versi): phpBBforum Integration 2.x
Kemas kini: Jul 17, 2011
Status tutorial: Dalam selenggaraan Drupal 6 didatangkan bersama modul "Forum" dalam pakej pemasangan asas. Forum yang disediakan mempunyai fungsi yang paling ringkas. Jadi bagi pengguna yang mahukan forum yang mempunyai fungsi lebih, kami mencadangkan untuk melakukan integrasi antara Drupal dan phpBB.
Mengapa phpBB? Kerana kami adalah Komuniti Drupal dan phpBB Malaysia. Segala permasalahan mengenai kedua-dua CMS ini boleh dirujuk di sini.
Keperluan
- Drupal versi terkini (ketika ini 6.16); http://drupal.org/project/drupal
- phpBB versi terkini (ketika ini 3.0.7); http://www.phpbb.com/downloads/olympus.php
- Modul integrasi, phpBBforum Integration module; http://drupal.org/project/phpbbforum
Pemasangan dan proses integrasi Drupal+phpBB lebih mudah, ringkas dan cepat kerana penghasilan modul integrasi tersebut dilakukan sendiri oleh pembangun phpBB.
Selain itu juga, modul ini menyediakan fungsi untuk menerap masuk (embeded) phpBB terus ke dalam templat Drupal, yang mana anda tidak perlu lagi risau untuk melakukan proses modifikasi dan sinkronasi templat untuk kedua-duanya.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.



Komen-komen
dah wat drupal+phpBB, tapi apsal xbley direct ke forum yer dr statisktik tu? http://fazmys.com/v2/
statistik yang diberikan adalah dalam bentuk "block".
cuba check dibahagian administer > site building > block
semua block yang dihasilkan oleh modul ini mempunyai tanda key "phpbbforum"
aktifkan block ini pada mana2 region, nnt statistik akan keluar.
x,maksudnya kat sini..bila kita klik kat drupal tu
dia akan pergi fazmys.com/v2/phpbbforum
sedangkan dah tukar ke /v2/forum
kat situ dia xjumpa cari recent post
owh.. sebabnya tutorial ni tak siap lagi ni.
dia ade satu step lagi yang perlu kita ubah alias dia.
sebab tuh status tutorial ni still lagi semak semula langkah kerja. hehe
oho..patutla..xper2..just blaja jer..nanti nak blaja theme sama antara kedua-duanya tu
langkah kerja yang ditulis dalam artikel ini ada sedikit bercanggah dengan langkah kerja yang sebenar. akan dikemas kini.
terima kasih tutorial ni :D
hello, saya sedang membina 1 laman web komuniti dgn menggunakan drupal dan phpbb. disini saya tidak mahu drupal dan phpbb ber-integrasi . saya cuma mahu ingin active thread dan new thread akan dipaparkan di index/content drupal,
saya telah cuba Feed aggregator tetapi tidak berjaya atau mungkin saya telah membuat kesilapan. contoh paling mudah seperti web lowyat[dot]net, cuma memaparkan active thread dan newthread sahaja.
terima kasih
boleh rujuk di sini: http://kripkornstudios.com.my/komuniti/post18580.html#p18580
salam parasolx,,,
aku dah siap buat intergrasi ni semua berjalan dgn baik,,,
tapi bleh mintak tolong satu tak,,,,
bagaimana nak buat phpbb yng ada dalam drupal tu nampak forum jer,,,
maksud aku nak buang header dan footer phpbb tu,,,,
hehehehe,,,,
yang itu kena buat pengubahsuaian template dalam phpBB. ianya tiada kaitan dengan Drupal lagi. Integrasi hanya melibatkan proses pendaftaran, log masuk dan keluar dan pemaparan topik serta statistik dari forum.
jadi soalan ini perlu diutarakan di bahagian phpBB. Terima kasih kerana mencuba dan berjaya.
bila nk siap nie para :(
take time sket.. kena rombak sket yang ini sebab ade silap information.
dalam minggu nih maybe akan siap la.. banyak keje ofis nak kena setel.
jap nk try buat..
tutorial ni belum abes lagi.. ade beberapa sambungan lagi..
sebab module ni dia bagi full control antara phpbb dengan drupal yang mana kalu create topic di drupal, automatic dia akan ada di phpbb.. kemudian kalu komen di phpbb, automatic dia akan masuk di drupal.
owh... ye ke...
kena tunggu smbungan tutorial yg seterusnya lh ey...
bila nk siap tu.. heheehee...
x sabor den nk blajor benda bru nie....