Kandungan dan pentadbiran D6 Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Feb 24, 2009
Kemas kini: Oct 16, 2011
Sepanjang tutorial peringkat ke-2 ini, anda akan didedahkan dengan proses-proses memasukkan, mengubah suai dan mengemas kini artikel di samping beberapa lagi fungsi-fungsi kegunaan yang berkaitan dengan kemasukan kandungan.
Dalam tutorial ini juga beberapa terma-terma yang biasa digunakan dalam Drupal mungkin akan diulang kembali dari tutorial Asas Drupal. Sebolehnya anda mahirkan dahulu dan biasakan dengan terma-terma seperti Node, Content Type dan beberapa lagi terma yang telah kami jelaskan dalam tutorial Pengenalan Drupal.
Ini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman dalam menggunakan Drupal. Jika tidak anda akan sesat dipertengahan jalan.
Skop-skop Pembelajaran
Dalam peringkat ini, anda akan didedahkan dengan proses penghantaran kandungan ke dalam sistem Drupal. Huraian mengenai tetapan, proses modifikasi dan pengendalian kandungan akan diterangkan.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.


