18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Pemasangan modul Meta tags

Tutorial
Pembinaan sistem D6
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Aug 25, 2011
Modul (versi): Nodewords 2.x
kemas kini Kemas kini: Aug 25, 2011

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memasang modul Meta tags.

Muat turun modul tersebut di http://drupal.org/project/nodewords.

Masukkan folder nodewords di dalam direktori modul Drupal bersama modul-modul yang lain.

Setelah itu, pergi ke Administer > Site building > Modules.

Aktifkan sub modul yang berkaitan untuk Meta tags seperti dalam gambar di bawah:

Kemudian lawat bahagian kebenaran di Adminsiter > User management > Permissions. Berikan kebenaran berpandukan kepada fungsi-fungsi yang disediakan oleh modul tersebut.

Modul sepatutnya Meta tags atau Nodewords?
Kedua-duanya merupakan modul yang sama. Dalam versi yang pertama sekali dibina, modul ini dibina untuk mengendalikan dan memaparkan kata kunci pada nodes, dan disebabkan ianya menggunakan kata kunci daripada nodes ianya dinamakan sebagai Nodewords. Namun, selaras dengan peredaran masa, modul ini semakin lama semakin berkembang dengan penambahan beberapa fungsi yang lain selain daripada meta kata kunci dan meta penerangan. Dan pada hari ini, modul ini telah dijenamakan semula dengan menggunakan nama Metatags tetapi mengekalkan nama asal pada bahagian nama folder.

mad