Pembinaan sistem D6 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Aug 01, 2011
Kemas kini: Aug 01, 2011
Sekarang kita akan beralih kepada modul-modul yang diperlukan untuk mengoptimumkan SEO Drupal. Anda boleh sama ada memuat turun satu per satu atau ke semuanya sekali gus dan ditempatkan di sites/all/modules. Namun elakkan daripada mengaktifkannya terlebih dahulu kerana dikhuatiri anda terlepas beberapa konfigurasi yang perlu dilakukan.
SEO Checklist: modul ini menyediakan satu senarai semak dengan pautan untuk memuat turun dan konfigurasi bahagian pentadbir ke semua modul yang diperlukan untuk pengoptimuman SEO.
- untuk memuat turun modul: http://drupal.org/project/seo_checklist
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/seochecklist
Google Analytics: modul ini membantu kita untuk memantau pengunjung-pengunjung di laman web
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/google_analytics
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/googleanalytics
Page title: membolehkan anda mengawal tag <title> untuk ke semua kandungan (nodes) dalam laman
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/page_title
- modul Page title memerlukan modul Token: http://drupal.org/project/token
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/page_title
Pathauto: modul ini secara automatiknya menghasilkan URL yang mesra pengguna berdasarkan kepada tajuk kandungan anda
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/pathauto
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/pathauto
Path redirect: modul ini membantu untuk menghala laluan URL ke kandungan yang sepatutnya
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/path_redirect
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/path-redirect
- untuk mencipta/mengemas kini laluan: http://example.com/admin/settings/build/path-redirect
Global redirect: ia membantu untuk membaiki masalah-masalah yang dihadapi pada struktur URL apabila fungsi "clean URL" dan Pathauto diaktifkan
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/globalredirect
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/globalredirect
Taxonomy title: membolehkan anda menetapkan tajuk tag <title> untuk setiap taksonomi laman anda
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/taxonomy_title
- modul ini tidak mempunyai ruangan pentadbir
Meta tags: (kini dikenali sebagai Nodewords) modul ini membolehkan anda kawalan sepenuhnya terhadap data meta untuk keseluruhan laman, nodes, kategori, views dan lain-lain.
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/nodewords
- penerangan lengkap untuk menggunakan modul ini akan diterangkan dalam artikel lain
XML Site map: modul ini menghasilkan peta laman yang mengikut piawai dan standard yang ditetapkan oleh Sitemap.org untuk digunakan oleh agen carian atau peta laman secara dinamik
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/xmlsitemap
- pastikan anda menggunakan versi modul 2.0 atau ke atas
URL list: ia menghasilkan peta laman dalam format teks ringkas yang menyenaraikan ke semua URL yang wujud dalam laman
- gunakan modul ini sekiranya anda tidak mahu menggunakan XML Sitemap
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/urllist
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/urllist
Syndication: modul ini menyediakan satu laman khas yang menempatkan ke semua suapan RSS yang dihasilkan oleh Drupal
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/syndication
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/content/syndication
Menu attributes: ia membolehkan anda mengawal dan menetapkan maklumat tambahan atribut pada setiap menu seperti id, class, style dan rel
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/menu_attributes
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/content/menu_attributes
Site verification: ia membantu untuk agen carian mengenal pasti dan melakukan verifikasi laman
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/site_verify
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/build/site-verify
Scheduler: ia membolehkan anda mengawal masa dan tarikh satu-satu kandungan dipaparkan (published)
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/scheduler
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/scheduler
Read more link: membolehkan anda untuk melakukan variasi, dan mesra pengguna SEO untuk pautan "Read more"
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/ed_readmore
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/ed_readmore
HTML Purifier: modul ini membantu untuk membaiki kod-kod HTML yang tidak lengkap dan teruk yang dihasilkan semasa penulisan kandungan (untuk kes tidak menggunakan sebarang editor seperti CKEditor)
- untuk memuat turunL http://drupal.org/project/htmlpurifier
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/filters
Mollom: satu modul yang cukup hebat untuk menjaga dan menghalang semua kandungan yang diistilahkan sebagai "spam"
- untuk memuat turun: http://drupal.org/project/mollom
- untuk ke ruangan pentadbir: http://example.com/admin/settings/mollom
Ini adalah antara senarai modul-modul yang perlu anda muat turun dan diaktifkan pada laman anda. Keterangan dan tutorial tentang tatacara penggunaan setiap modul akan diterangkan satu per satu dalam artikel seterusnya.


