Kenali Drupal 7 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jan 30, 2011
Kemas kini: Feb 06, 2011
Selepas keluaran versi Drupal yang terakhir iaitu Drupal 6 pada 13 Februari 2008, sekali lagi komuniti Drupal.org mengegarkan dunia dengan keluarannya yang terbaru iaitu Drupal 7 pada 7 Januari 2011. Pembangunan versi ini yang mengambil masa selama hampir tiga tahun dikemaskan dengan pelbagai fungsi dan pembaharuan dari segi penggunaan.
Selama tiga tahun, satu kempen yang dinamakan "Drupal 7 User Experience" dijalankan di beberapa buah universiti dengan mengambil ratusan pengguna dari setiap peringkat. Fokus utama kempen ini adalah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada pada D6 terutamanya tahap kefahaman dan lengkung pembelajaran Drupal yang dikatakan sukar dan tinggi. Hasil daripada kajian yang dilakukan terbukti D7 telah mengatasi masalah dan ideologi Drupal yang hanya sesuai kepada pengguna pakar sahaja.
Selain itu, beberapa fungsi tambahan telah diserap masuk ke dalam pemasangan asas (Drupal core) yang sebelum ini dibangunkan oleh pihak komuniti menerusi modul-modul tambahan. Antara yang menarik adalah modul Content Construction Kit (CCK), Image dan Imagecache telah sepenuhnya menjadi tulang belakang D7 yang utama. Sangat sesuai untuk penulis blog mempunyai blog sendiri dengan Drupal.
Kelebihan dan kekuatan D7 boleh disimpulkan seperti bawah (anda boleh melihat fail Changelog.txt untuk senarai penuh).
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.



Komen-komen
Drupal 7 memang best, tapi, dari segi kelajuan, agak kurang berbanding d6, banyak orang mengeluh mengenai benda ni, termasuklah aku sendiri.
Mungkin warga ks, ada cara untuk speed up d7 ni.
Tq
salam, boleh saya dapatkan penjelasan yang lanjut bahagian mana yang mengalami masalah speed? kalu bahagian admin, memang agak perlahan kerana D7 guna konsep "overlay".
bagi saya, saya disablekan module ini di bahagian module > Overlay. baru dapat speed yang mmg laju sama dengan D6.
wslm parasolx, terima kasih kerana respon,
Permulaan sekali saya agak keliru sedikit mengenai performance drupal 7. Skg ni saya guna win 7 64 bit (overall drupal 7 punya performance is slow) tapi bila guna os yang 32 bit, performance ok pula.
saya dah buat kajian menggunakan 2 komputer yang sama spec cuma berlainan bit (win 7 32bit os & win 7 64bit os) ternyata dalam komputer 32bit, drupal memecut laju seperti biasa dan sebaliknya dalam 64 bit.
mungkin ini berkaitan masalah perisian, tiada kena mengena dengan drupal. :)
jika berlaku berbezaan antara 32bit dgn 64bit, bukan masalah drupal sebaliknya masalah client (server). mungkin version 64bit belum lg stabil untuk apache tu kot. sebab tuh terasa kelembapan tuh.
perh 3 tahun tuh..
aku ingat nk mula balik start selongkar drupal nie.
sblom nie mmg amat bz, nak masuk KS pom x sempat