Jenis tulisan
Tentunya anda akan busan jika website anda hanya menggunakan jenis tulisan yang sama
sahaja, oleh itu, property font-family, boleh digunakan untuk menukar jenis tulisan anda. Contohnya seperti berikut:
h3 {font-family: times}
p {font-family: courier}
p.sansserif {font-family: sans-serif}
Awas, tulisan yang dipilih mestilah merupakan tulisan asas dan terdapat dalam semua komputer. Jika tidak, tulisan anda mungkin akan kelihatan lain dari yang sepatutnya.
Saiz tulisan
Anda boleh menetapkan saiz tulisan anda dengan menggunakan property font-size. Value bagi property ini boleh dinyatakan dalam unit px, %. Contohnya seperti berikut :
h1 {font-size: 14px}
h2 {font-size: 130%}
p {font-size: 100%}Membuat style tulisan
Anda boleh membuat tulisan anda menjadi italic, dengan menggunakan property font-style. Contohnya seperti dibawah :
h1 {font-style: italic}
h2 {font-style: normal}
p {font-style: oblique}Variasi tulisan
Anda boleh membuat tulisan anda menjadi kesemuanya huruf besar atau huruf kecil dengan menggunakan property font-variant. Contohnya seperti di bawah:
p.normal {font-variant: normal}
p.small {font-variant: small-caps}Bold
Penggunaan property font-weight membolehkan anda menetapkan ketebalan tulisan anda. Contoh penggunaannya seperti dibawah.
p.normal {font-weight: normal}
p.thick {font-weight: bold}
p.thicker {font-weight: 900}Semua dalam satu
Berikut adalah contoh lengkap untuk menyatakan kesemua jenis style bagi font dalam satu ungkapan sahaja:
<html>
<head>
<style type="text/css">
p
{
font: italic small-caps 900 12px arial
}
</style>
</head>
<body>
<p>Ini adalah perenggan</p>
</body>
</html>



Kemas kini: Oct 26, 2011