18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Logo Kripkorn Studios

CSS

Tutorial
CSS
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Oct 06, 2008
kemas kini Kemas kini: Apr 24, 2012

HTML pada asalnya dibina dan dicipta untuk memaparkan informasi dalam cara yang paling mudah dan ringkas, dengan estetika menumpukan kepada kandungan itu tersendiri berbanding paparan keseluruhan laman (dan tidak mengira jenis pelantar sistem operasi dan perisian pelayar).

Buat masa sekarang, teknologi semakin maju, laman web sudah semakin popular. Paparan kepada bentuk laman web yang memaparkan kandungan laman telah menjadi satu elemen yang paling kritikal dan penentu kepada kejayaan laman tersebut.

CSS adalah kunci kepada teknologi paparan yang mengawal bentuk dan persembahan reka bentuk satu-satu laman web.

Apa itu Stylesheets?

Pada akhir 90-an, penulis kod HTML mendapati mereka sering kali menulis dan mengulang kod-kod aturcara yang sama berulang-ulang kali dalam satu laman web.

Ini menyebabkan berlaku pertambahan dari segi saiz fail HTML itu sendiri, kerugian masa dan kekecewaan yang membebankan. Anda mungkin pernah melalui situasi ini yang mana menambah sekumpulan kod pada tag <font> yang mungkin digunakan berpuluh-puluh kali.

Berdasarkan kepada masalah ini, satu idea telah tercetus iaitu mempunyai satu fail yang mentakrifkan semua nilai-nilai dan atribut untuk tag-tag HTML dan ketika laman tersebut dimuat turun dan diproses, semua bentuk format paparan dirujuk kepada fail tersebut.

Dengan cara ini, dalam fail HTML hanya mengandungi struktur dan hierarki elemen sahaja seperti heading, perenggan dan pautan -- mengasingkan struktur dan paparan.

Di akhir tahun 1996, CSS (Cascading Style Sheet) bukan lagi satu mimpi. Ianya telah diiktirafkan dan dijadikan sebagai satu kod pengaturcaraan piawai oleh World Wide Web Consortium (W3C). Stylesheets telah bertindak sebagai rakan kongsi kepada fail HTML anda; yang menjaga bentuk paparan untuk tulisan, warna dan keseluruhan laman.

Perubahan paparan yang dilakukan dalam fail Stylesheet akan secara tersendiri memberi kesan kepada ke semua laman HTML yang dihubungkan kepadanya. Fail HTML akan membaca setiap kali ianya dipaparkan dalam perisian pelayar.

Dengan cara ini, kerja pembinaan laman web menjadi lebih mudah.

Kebaikan menggunakan CSS

Antara lain kekuatan yang ada pada CSS adalah satu paparan ditakrifkan hanya sekali, dan boleh digunakan berulang-ulang kali dalam HTML pada berbilang laman. Ini bermakna:

  • laman akan dimuat turun dengan lebih pantas
  • Mengurangkan jumlah kod yang perlu ditulis, laman lebih ringkas dan kecil dari segi saiznya
  • Paparan untuk keseluruhan laman adalah konsisten (untuk semua laman yang menggunakan Stylesheet yang sama)
  • Kemas kini bentuk paparan laman dan proses penyelenggaraan lebih mudah -- tidak perlu untuk mengemas kini setiap satu fail HTML

Penulisan kod dan penghasilan fail CSS yang teratur, kemas dan sempurna boleh meningkatkan kemampuan laman untuk dipaparkan pada berbilang peranti. Juga mudah untuk mendapatkan kandungan laman tersebut walaupun pada pengguna kurang upaya.

CSS diguna pakai oleh semua jenis perisian pelayar dan ini mengurangkan peratusan untuk melakukan penyesuaian untuk satu-satu perisian pelayar.

Isu Cross-browser:

CSS dilepaskan masing-masing dengan spesifikasi CSS1 dan CSS2 pada tahun 1996 dan 1998. CSS3 sehingga kini masih lagi dalam pembinaan dan tidak akan dilepaskan dalam 2 atau 3 tahun lagi.

CSS2 telah diimplemenkan sepenuhnya oleh kebanyakan perisian pelayar seperti Firefox, Chrome, Opera, Safari dan Internet Explorer.