18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Cara-cara Memasang Windows Vista

Sistem Operasi Penulis: parasolx (Dec 02, 2008)
kemas kini Kemas kini: Nov 18, 2010

Sinopsis

Windows Vista adalah sistem operasi keluaran Microsoft yang ke-6 selepas Windows XP. Antara kelebihannya adalah penetapan kebenaran kepada setiap pengguna dan keupayaan sistem keselamatan yang lebih tinggi berbanding versi sebelumnya.

Di bawah ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasang Windows Vista. Berikut adalah langkah-langkah untuk memasangnya.

Masukkan CD Windows Vista ke dalam DVD-ROM anda ketika komputer mula dihidupkan. Apabila keluar sahaja arahan "Press any key to boot from CD or DVD", tekan kekunci Enter dan anda dapat lihat skrin seperti di atas dipaparkan.

Selepas itu, skrin ini akan dipaparkan. Tidak seperti XP, Vista hanya paparkan skrin hitam macam ini sahaja ketika ke semua fail-fail pemacu diproses ke dalam hard disk anda.

Selepas beberapa ketika, skrin akan memaparkan pilihan untuk Language, Time and Currency format, dan Keyboard atau Input Method.

Ini adalah skrin bermulanya proses untuk install Windows Vista. Paparan mungkin berlainan bergantung kepada sistem dan konfigurasi komputer anda. Sekarang anda hanya perlu klik Install Now untuk ke langkah seterusnya.

Paparan ini meminta anda untuk memasukkan kekunci lesen yang anda terima semasa pembelian Windows Vista. Anda boleh melangkau proses ini dengan tidak memasukkan nombor lesen tersebut tetapi kemungkinan besar, perisian yang bakal anda gunakan tidak dapat dijalankan selepas selesai proses install dan juga menyebabkan kerosakkan teruk terhadap komputer anda.

Skrin ini akan dipaparkan sekiranya anda tidak memasukkan kekunci lesen tersebut. Anda boleh teruskan dengan klik No tetapi anda perlu menanggung risiko dengan tidak memasukkannya. Anda boleh ulanng ke skrin sebelum ini dengan memilih Yes.

Sekiranya anda tidak memasukkan kekunci lesen, skrin pemilihan jenis Windows Vista akan dipaparkan. Pastikan anda memilih jenis produk Windows Vista yang betul kemudian klik pada kotak kecil tersebut. Kemudian klik Next.

Ini adalah perjanjian antara Microsoft dan anda. Senang sahaja, hanya klik kekotak kecil menandakan anda setuju dengan semua peraturan dan syaratnya. Kemudian klik Next.

Sekarang terdapat dua pilihan installation iaitu Upgrade dan Custom. Upgrade dimatikan kerana hard disk adalah kosong, tetapi sekiranya harddisk anda mempunyai Windows XP atau selainnya, pilihan Upgrade akan dihidupkan. Sekarang pilih sahaja pilihan Custom.

Sekarang iaitu penentuan lokasi untuk memasang Windows Vista. Seandainya anda mempunyai lebih dari satu harddisk, senarai harddisk akan ditayangkan dan anda perlu memilih lokasi untuk dipasangkan Vista. Sekiranya anda ingin melakukan partition atau belahan harddisk, klik Drive Option. Sekiranya anda tidak ingin lakukan apa-apa, teruskan dengan klik Next.

Ini adalah paparan untuk Drive Option. Di sini, penetapan untuk harddisk anda bermula. Sekiranya anda ingin membuang partion2 yang sedia ada, klik pada partion tersebut dan tekan Delete. Harddisk akan dihitung semula ke semua saiz selepas di buang. Sekiranya anda ingin mengosongkan keseluruhan partion/harddisk tersebut, klik Format dan ikuti langkah2 seterusnya. Sekiranya anda ingin membuat partion yang baru, klik Extend. Kemudian, masukkan saiz partion baru yang ingin dibina. Setelah selesai memasukkan nilai saiz partition yang baru, klik Apply.

Perhatikan selepas anda Apply, partion2 harddisk anda akan mula ditunjukkan. Ini adalah contoh sekiranya anda melakukan pembahagian harddisk kepada 2 partion yang mempunyai kapasiti yang sama.

Klikkan pada partition harddisk yang berjenis Primary kerana Vista perlu dipasangkan pada partion utama bagi mengelakkan kekeliruan apabila anda memasukkan perisian-perisian tambahan nanti. Kemudian klik Next.

Kemudian proses memasang Vista akan dimulakan. Pada saat ini anda biarkan Vista menjalankan tugasannya tersendiri. Proses ini biasanya memakan masa di antara 30min sehingga satu jam bergantung kepada keupayaan komputer anda. Sekiranya berlaku proses beku, tutup komputer anda dan mulakannya semula dari awal. Jika ralat terus berlaku pada saat ini walaupun sudah berulang kali anda mengulangi, sila hubungi pusat teknikal untuk mendapatkan CD Windows Vista yang baru kerana kemungkinan CD ini sudah rosak.

Selepas selesai memasang, Vista akan automatisnya akan memulakan sendiri komputer anda dan membawa ke ruang utama Windows Vista. Beberapa skrin paparan untuk tetapan Desktop akan muncul seperti di bawah. Anda boleh mengkonfigurasikannya sendiri mengikut kesesuaian anda.

Ini adalah paparan terakhir. Klik Start dan mula menggunakan Windows Vista pada komputer anda.

mad