Sinopsis
Penggunaan "Layer style" boleh menghasilkan hasil dan kesan yang gambar lebih menarik. Tidak memerlukan kesan-kesan dan rekaan yang kompleks. Cukup sekadar menggunakan fungsi ini sahaja.Tutorial kali ini menyentuh langkah-langkah yang boleh anda praktiskan untuk membuat kesan bingkai gambar atau elemen lain seperti dalam Windows Vista. Sebelum ini kesan bingkai pernah digunakan pada tema laman KS. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai langkah-langkah untuk menghasilkannya.
Terlebih dahulu, anda boleh dapatkan sebarang gambar sampel untuk dijadikan sebagai latihan. Dalam contoh kali ini saya menggunakan gambar bayi kerana ianya sangat comel. Terima kasih kepada Adam Danish kerana menjadi model.
1. Hasilkan duplikasi gambar
Bagi menaikkan kesan bingkai, kita memerlukan latar belakang sama ada gambar berlainan atau gambar yang sama. Untuk kali ini, saya menggunakan gambar yang sama. Jadi pergi ke Layer > Duplicate layer. Seterusnya kecilkan saiz gambar untuk layer yang diduplikasi tadi.
Gelungsur ke Edit > Transfrom > Scale. Susun gambar yang dikecilkan agar berada di tengah-tengah ruangan. Saiz gambar kedua ini bergantung kepada anda. Hasil yang akan anda perolehi adalah seperti di bawah ini.
2. Masukkan kesan kabur
Bagi layer untuk latar belakang, kita akan masukkan kesan kabur agar bahagian gambar hadapan akan kelihatan lebih menyerlah. Pastikan pilihan layer untuk "Background" dipilih dahulu. Masukkan kesan tersebut melalui: Filter > Blur > Gaussian blur.
Untuk gambar ini saya berikan nilai kabur kepada 3.0. Anda boleh tentukan nilai mengikut kepada resolusi gambar dan kretiviti sendiri. Hasilnya adalah seperti ini:
3. Penghasilkan bingkai gambar
Sekarang kita akan masukkan kesan bingkai pada gambar yang dihadapan. Pastikan gambar "Layer 1" dipilih dan pergi ke Layer > Layer style > Stroke.
Pada menu tetingkap ini, masukkan nilai untuk semua elemen seperti ini:
- Size: 10
- Position: Outside
- Blend mode: Normal
- Opacity: 45%
Seterusnya pada bahagian warna, carikan warna yang menjadi kesukaan anda. Sebolehnya gunakan warna yang majoriti adalah daripada gambar tersebut. Hasil yang anda akan perolehi adalah seperti ini:
4. Kemaskan dengan bayangan
Akhir sekali kita akan masukkan kesan bayang pada bingkai. Pergi ke Layer > Layer style > Drop shadow. Anda boleh gunakan skema tetapan seperti di bawah ini:
- Blend mode: Multiply
- Opacity: 100%
- Distance: 0 px
- Spread: 50%
- Size: 35 px
Hasilnya adalah seperti ini bawah ini:
5. Langkah terakhir
Bagi menaikkan lagi kesan bingkai tersebut kita akan masukkan elemen terakhir satu lapisan sinaran dibahagian dalam. Pergi ke Layer > Layer style > Inner glow. Anda boleh gunakan tetapan nilaian ini untuk rujukan.
- Blend mode: Normal
- Opacity: 100%
- Noise: 0
- Pilihan warna gunakan warna yang hampir sama dengan bingkai tetapi lebih gelap
- Choke: 0
- Size: 5 px
Untuk nilai yang tidak dinyatakan, saya menggunakan nilaian asal yang telah dimasukkan oleh Photoshop. Dan akhirnya hasil yang saya perolehi adalah seperti ini.



Kemas kini: Mar 06, 2012
Komen-komen
sempoi. :)
huh lama dah x de tutorial photoshop
p/s: comey baby sape tuh
tutorial ni dah lame dah masuk.. masih ade lagi tutorial yang menarik untuk photoshop.. kena tunggu sahaja..
ps: ayah kepada baby tuh "parasolx". hehehe