Pembinaan sistem D6 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Dec 18, 2009
Kemas kini: May 08, 2012
Tutorial kali ini akan menyentuh seberapa lengkap dan mendalam untuk meningkatkan SEO (Search Engine Optimization) dengan menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal. Di akhir tutorial, setiap laman web akan lebih mesra kepada agen carian dan lebih mudah untuk diindeks masuk ke dalam pangkalan data mereka.
Tips kali ini hanya hampir keseluruhannya dipraktiskan sekiranya menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal sahaja. Anda boleh mengambil isi-isi penting untuk digunakan pada laman web yang lain berpandukan kepada langkah-langkah yang ditunjukkan.
Modul yang diperlukan
Dalam tutorial sebelum ini, kita telah menyentuh cara-cara untuk memasang sebarang modul tambahan ke dalam sistem Drupal. Berikut merupakan antara modul yang diperlukan:
- SEO Checklist
- Meta tags (Nodewords)
- Token
- Page title
- Global redirect
- Pathauto
- XML Sitemap
- Google Analytics
- Open Calais
Hidupkan fungsi "Clean URL"
Google dan agen carian yang lain lebih menyukai satu-satu laman yang mempunyai pautan (URL) yang lebih kemas dan teratur. Fungsi ini biasanya dihidupkan diawal pemasangan Drupal dan terlebih dahulu anda perlu memastikan bahawa webhosting anda menyokong "mod_rewrite".
Pasang modul "Pathauto"
Modul "Pathauto" membolehkan anda menghasilkan URL mengikut citarasa dan kemahuan anda sendiri dengan sokongan dari modul "Token". Anda boleh menamakan URL untuk laman tertentu berdasarkan kepada tajuk, jenis kandungan, tarikh, taksonomi atau nama penulis.
"Pathauto" modul yang memberikan struktur penamaan laman secara automatik
"Pathauto" juga membolehkan satu laman mempunyai lebih dari satu alamat URL tujuan. Setiap alamat URL yang dibina sebolehnya tidak buang kerana ini akan menyebabkan pengunjung di bawa ke ralat 301 (laman tidak ditemui). Jadi sebaiknya anda tinggalkan sahaja alamat URL yang dibuat sebelum ini.
Untuk mengaktifkan pergi ke "admin/build/path/pathauto". Cari "General settings" dan pilih "Do nothing. Leave alamat URL yang sedia ada. Kebiasannya URL akan berubah sekiranya tajuk artikel dikemas kini.
Pasang modul "Global Redirect"
Modul ini bertindak untuk membawa pengunjung ke laman sah (sekiranya berlaku ralat 301 - laman tidak ditemui. Sebagai contoh, untuk artikel "Belajar SEO", telah mengemaskini tajuk tersebut kepada "Belajar dan Cuba Buat" akan menyebabkan laman tidak ditemui sekiranya pengunjung menaip alamat yang asal.
"Global redirect" mengarah laman tidak wujud ke laman yang wujud
Modul ini juga bertindak untuk membawa pengunjung terus ke alamat URL yang telah dinamakan kembali dari yang asal supaya ianya lebih mudah untuk baca dan difahami.
http://domain.com/blog/title
http://domain.com/blog/title/
Keuda-dua alamat URL di atas kelihatan lebih kurang sama dalam Drupal, tetapi ia merupakan dua alamat yang berbeza. Jadi untuk mengelakkan daripada ralat "Page not found", kita perlu membuang slash "/" dibahagian belakang. Untuk langkah tersebut, anda boleh tambahkan baris aturcara ini di fail .htaccess:
#get rid of trailing slashes
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^(www.)?domain\.com$ [NC]
RewriteRule ^(.+)/$ http://%{HTTP_HOST}/$1 [R=301,L]



Komen-komen
bro, saya nak tanya apa tu Open Calais? aku dah install tapi blur dan guna macam mana hehe
Open Calais ni dia mcm third party service yang kita intergrate dengan Drupal melalui module Open Calais. Service ni dia provide document re-structure, meta tag processing dengan re-framework text submitting.
Module ni sangat sesuai digunakan pada blog atau website yang banyak guna teks. Tapi service dia tak sure sama ada kena bayar atau yang free ade limit ke tak. Boleh kalu nak mencuba.
aku dah install bro, tapi ada error pula kat atas bila aku try create story
error mcm ne? dah dapatkan API key dari Open Calais belum? kena masukkan API key dahulu, kemudian follow dia punye instruction mcmne nak pasang.
dah uninstall dah. takpe la :D anyway thank you
menarik~
huhu thank para..
no problem.. kalu ade tips lagi.. aku akan kongsi..
sape2 ade tips pon bleh kongsi di sini.