Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Berita terkini Kripkorn Studios

21 Feb 2012
Kripkorn Studios kini mengasimilasi satu lagi aspek terpenting sebagai sebuah laman komuniti dengan menyediakan satu ruangan statistik berhubung dengan aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam tempoh seminggu. Makluman tambahan ini ditambah bagi tujuan memberi maklumat tambahan kepada semua pengunjung Kripkorn Studios berhubung keaktifan komuniti ini bergerak. Bermula dari tahun 2008, pihak kami belum memaparkan sepenuhnya statistik dan pergerakan aktiviti memandangkan masih di tahap awal. Kini tibalah saat untuk pengunjung mengetahui:
06 Sep 2011

Seperti yang dijanjikan, ini adalah laporan penuh untuk Kajian Kepuasan Pelanggan '02 yang telah diadakan baru-baru ini. Dalam pelaporan ini, akan dilakukan perbandingan dengan kajian kepuasan pelanggan sebelum ini. Sebanyak 75 respondan yang telah menyumbangkan data untuk kajian kali kedua ini.

KKP'01 -- ditandai dengan kelabu
KKP'02 -- ditandai dengan biru

Demografik data

24 Ogo 2011

Seperti tahun yang sudah, Kajian Kepuasan Pelanggan (KPP) telah diadakan buat pertama kalinya bagi mendapatkan respon dan maklum balas secara telus daripada pengguna laman web ini. Pihak Kripkorn Studios mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk meluangkan sedikit masa mengisi borang-borang kaji selidik tersebut.

Dan kini pihak kami menjalankan sekali lagi kajian tersebut bagi mendapatkan perbandingan data-data yang sudah selepas proses peningkatan dan kemas kini dilakukan. Proses ini mengambil kira maklum balas yang telah dihantar. Ternyata, bagi pihak kami sendiri merasakan kajian tersebut betul-betul memberi kesan kepada prestasi Kripkorn Studios.

25 Jul 2011

Berdasarkan kepada analisa dan kajian serta pemerhatian yang dilakukan, pihak kami mendapati banyak isu-isu dan topik yang diutarakan dibahagian forum tidak menemui penyelesaian atau penamat. Banyak topik-topik yang dibuka di bahagian pembangunan laman web berakhir dengan pertanyaan semula daripada pihak komuniti tanpa mendapat maklum balas kembali daripada penghantar isu.

Selain itu, jarak masa atau tempoh maklum balas daripada pihak penanya juga agak lama. Terdapat sesetengah topik sudah terbiar hampir sebulan dan akhirnya pihak penanya menutup topik tersebut tanpa sebarang maklum balas. Pihak kami mengambil berat isu ini memandangkan perkara ini jelas berpunca daripada tiada sebarang sistem notifikasi atau makluman dikeluarkan.

13 Jun 2011

Pihak kami menjangkakan sesetengah pelawat baru yang mengunjungi laman Kripkorn Studios mungkin mengalami kesukaran untuk mencari artikel atau tutorial yang diperlukan. Sehubungan itu, kami telah menyediakan satu fungsi carian yang utama di bahagian laman utama kami.

Carian dengan menggunakan kata kunci untuk artikel berkaitan lebih mudah dilakukan. Dan anda sebagai tetamu kami dapat mempelopori ke semua artikel dengan menggunakan navigasi menu yang telah dipertingkatkan dan disusun mengikut kategori dan tahap kepentingan dari KIRI ke KANAN.

 

Fungsi tandaan Artikel Pilihan

Selain itu, kami menerap masuk satu fungsi yang terbaru yang dinamakan Artikel Pilihan. Sehingga saat ini, jumlah artikel dan tutorial yang disediakan masih belum mencapai matlamat 1000. Namun jumlah ini akan bertambah dari sehari ke sehari. Dengan fungsi ini anda dapat menyimpan dan menanda artikel-artikel yang menjadi pilihan anda.

mad