18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Panduan di bahagian Kolaborasi



Panduan di bahagian Kolaborasi

Hasil daripada kajian dan pengamatan yang dilakukan, pihak kami dapati ruangan pada Kolaborasi kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kekeliruan dan tiada satu arahan tulen untuk membantu ahli komuniti dalam menggunakan fungsi ini. Sungguhpun terdapat artikel penerangan yang lengkap tentang bagaimana cara untuk menyumbangkan artikel, namun bagi pengguna baru, langkah-langkah perlu dinyatakan dengan ringkas.

Sehubungan itu, ruangan tersebut telah kami kemas kini pada ruangan sebelah kiri dengan memuatkan arahan atau prosedur ringkas mengenai langkah-langkah untuk berkongsi tutorial. Rekaan yang mesra pengguna dapat membantu pengguna baru untuk memahami tatacara dan aliran kerja yang perlu dilalui tidak kurang dari 30 saat. Kami telah menghabiskan masa lebih 3 hari untuk menghasilkan carta tersebut.

Diharapkan ruangan Kolaborasi ini kembali aktif seperti pada pertama kali sistem ini dilancarkan. Segala komen boleh diberikan pada ruangan ini.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti

Hantar komen baru

Kemasukan pada ruangan ini bersifat peribadi dan tidak dipaparkan kepada umum.
  • You may post code using <code>...</code> (generic) or <?php ... ?> (highlighted PHP) tags.
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd> <span> <img>
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Use to create page breaks.
Anda bersetuju dengan dasar privasi Mollom untuk penghantaran kiriman ini.
mad