Seperti yang dijanjikan, ini adalah laporan penuh untuk Kajian Kepuasan Pelanggan '02 yang telah diadakan baru-baru ini. Dalam pelaporan ini, akan dilakukan perbandingan dengan kajian kepuasan pelanggan sebelum ini. Sebanyak 75 respondan yang telah menyumbangkan data untuk kajian kali kedua ini.
KKP'01 -- ditandai dengan kelabu
KKP'02 -- ditandai dengan biru
Demografik data


Dari segi faktor umur, kedua-dua kajian menunjukkan kesamarataan dari segi taburan golongan umur. Dengan ini boleh dikatakan kedua-dua kajian dari segi maklum balas yang diterima adalah daripada golongan yang sama.


Dari segi ruang kemahiran dan pekerjaan, pengunjung KS sudah mula mendapat minat golongan yang berminat dengan pembangunan laman web. Selain itu berlaku peningkatan untuk golongan yang tidak mempunyai latar belakang IT berminat untuk mempelajari membangunkan laman web secara atas talian.


Dari segi jenis perisian, tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua kajian. Namun dari kedua-dua data ini menunjukkan penerimaan pengguna internet sekarang untuk menggunakan perisian jenis sumber terbuka yang menawarkan fungsi untuk laman web jenis moden.
Kajian mengenai "Open Source"


Perbandingan yang sangat ketara untuk KKP yang terdahulu, taburan tahap kefahaman pengguna internet mengenai Open Source atau sumber terbuka masih belum jelas. Namun dalam kajian kedua menunjukkan bentuk graf taburan sudah mula bertabur secara normal (bell-shape curve).


Namun begitu, data mengenai pengetahuan tentang CMS (Content Management System) menunjukkan sebaliknya. Mungkin masih ramai yang tidak mengenali dan mendalami erti sebenar CMS, bagaimana untuk membeza CMS, apa yang dikategorikan sebagai CMS. Sebelum ini sudah terdapat beberapa artikel yang menceritakan mengenai perkara ini. Mungkin memerlukan pendedahan dan maklumat tambahan mengenainya.


Data ini pula menunjukkan bahawa pengguna masih betul-betul keliru untuk melakukan menentukan sistem yang mereka gunakan adalah merupakan jenis CMS atau bukan. Satu artikel khas mungkin akan dikeluarkan berkenaan dengan tajuk ini.
Kajian mengenai Drupal

Data ini menunjukkan ramai yang mengetahui Drupal daripada sumber-sumber internet. Namun yang menakjubkan, data menunjukkan sebanyak 28% daripada respondan mengetahuinya daripada Kripkorn Studios. Menunjukkan KS sudah mula dikenali dan mencipta jenama tersendiri sebagai komuniti Drupal Malaysia yang menempatkan artikel dan tutorial menggunakannya dalam bahasa Malaysia.


Kedua-dua data ini menunjukkan tahap minat pengguna masih kekal dan sama. Tahap kepercayaan pengguna terhadap Drupal lebih fokus kepada pembinaan laman web portal dan blog. Pembinaan portal lebih sesuai dibangunkan dengan D6 dan jenis blog dengan D7. Oleh sebab itu, KS mengambil tindakan mengekalkan tutorial D6 dan D7 secara selari.


Kedua-dua data menunjukkan masih ramai pengguna yang masih belum mengenali dan mengetahui potensi Drupal dalam menghasilkan satu sistem yang lebih kompleks. Oleh itu, pihak kami telah memulakan beberapa tutorial yang melibatkan pembinaan sistem yang lebih besar dengan penggunaan beberapa modul daripada Drupal.org dibawah tutorial pembinaan sistem dengan Drupal.
Kajian mengenai phpBB


Dalam kajian terdahulu, makluamt yang dikumpula berdasarkan kepada pengetahuan pengguna terhadap phpBB. Dalam kajian terbaru ini, satu pilihan telah dimuatkan berbanding data terdahulu. Kami mendapati terdapat 16% pengguna mula mengenali dan mengetahui mengenai phpBB daripada laman ini.

Dan berhubung dengan maklumat dan pilihan yang baru dimuatkan dalam data #09, jelas menunjukkan bahawa pengunjung mula menjadikan KS sebagai sumber rujukan dalam menggunakan phpBB. Data menunjukkan KS berada di tempat kedua dalam senarai sumber rujukan. Ini menunjukkan usaha untuk mewujudkan komuniti phpBB perlu diteruskan.
Kajian mengenai Kripkorn Studios


Kajian yang lepas menunjukkan pengguna mengetahui kewujudan KS adalah melalui enjin carian. Pada kajian yang terbaru, mendapati berlaku peningkatan dari segi peratusan menunjukkan proses SEO yang dijalankan berkesan. Dan juga terima kasih kepada mana-mana pengguna yang sudi untuk mengiklankan KS di laman web masing-masing.


Pihak kami telah memperkenalkan satu templat dan reka bentuk yang terbaru dengan mengambil kira beberapa faktor daripada kajian sebelum ini. Salah satunya adalah penjenamaan semula navigasi menu dengan menggunakan konsep "mega menu". Hasilnya mendapati peningkatan peratusan untuk skor 4 (jelas) sebanyak 7% dan penyusutan untuk skor 1 (kabur).


Bagi menjanjikan satu piawai atau standard untuk kualiti artikel dan kandungan yang dihantar, kedua-dua data ini sangat penting kepada kami. Satu artikel yang terbaik ditulis perlu menitikberatkan dua perkara iaitu tahap atau skor pemahaman pengguna terhadap kandungan dan corak serta pengolahan bahasa yang digunakan. Dari data ini mendapati lebih 40% pembaca artikel kami mudah dan selesa dengan artikel-artikel di KS. Namun ini tidak memberi ruang kepada KS untuk duduk senang kerana masih terdapat 28% pembaca yang merasakan artikel kami kurang dari segi mutu atau maklumat ditahap yang lebih tinggi.


Data ini tidak kurang pentingnya kepada kami kerana ia menunjukkan dan menerangkan faktor yang mengarahkan pembaca untuk terus melawat dan mengunjungi KS. Berdasarkan kepada kedua-dua data ini mendapati pembaca lebih gemar menantikan satu notifikasi ke kotak emel berbanding memeriksa setiap masa kandungan terbaru dihantar. Oleh itu, pihak kami telah memuatkan dan menanam satu modul tambahan yang berfungsi untuk menghantar senarai kandungan yang terbaru dan dikemas kini ke kotak emel masing-masing.

Perubahan dan pengaktifan templat terbaru yang diberikan nama Kripkorn.V4 menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Templat terbaru ini dikeluarkan selepas beberapa faktor diambil kira dalam kajian yang terdahulu.


Antara adalah kadar dan tempoh muat turun laman KS. Perbandingan di atas menunjukkan berlaku peningkatan yang mendadak berbanding sebelum ini. Kini laman KS boleh dilayari dengan lebih pantas, ringan dan pada mana-mana alatan peranti sama ada komputer, tablet ataupun telefon pintar. Data menunjukkan respondan memerlukan tempoh masa sekitar 5 - 20 saat untuk membuka laman KS sepenuhnya. Namun, disebabkan terdapat jadual cron yang diset dalam sistem Drupal, tempoh muat turun kadang kala akan meningkat sehingga 1 minit sehingga proses cron selesai dijalankan.
Oleh itu, pihak kami telah mengurangkan selang masa untuk cron dijalankan dari setiap 3 jam kepada 6 jam. Selain itu, untuk bahagian paparan yang di'cache', satu modul terbaru telah dipasang supaya 'cache' akan dibersihkan dan digantikan dengan maklumat yang terkini sekiranya berlaku proses kemas kini data.


Dan yang terakhir, peratusan untuk skor keseluruhan laman KS juga meningkat berbanding sebelum ini. Walaupun data terdahulu tidak dipaparkan, namun dari segi peratusan yang pihak kami lihat mendapati peningkatan sebanyak 7% tahap kepuasan dan skor secara keseluruhan.



Komen-komen
satu cadangan yang menarik. mungkin kami terlalu fokus kepada menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sehingga terlupa beberapa terma yang mungkin tidak familiar untuk sesetengah pengguna.
untuk artikel dan tutorial selanjutnya kami akan cuba campurkan penggunaan bahasa agar lebih mudah difahami oleh pengguna yang baru dan lama.
Alhamdulillah, tengok pada result ni..ada peningkatan sedikit dari yang lepas..
1. dari segi usia, fazmys percaya user KS ni adalah setia..orang yang sama.
2. dari segi pekerjaan, nampaknya KS kena detail dan permudahkan lagi tutorial dalam ni. sebab majoriti bukan dalam bidang IT..Jadi,KS perlu ajar semudah yang boleh.biasanya golongan macam ni, perlukan langkah2 yang paling detail. dari A-Z tu, kalau boleh jangan skip sikit pun.macam kita ajar budak2 pertama kali bermain komputer.biar panjang, asal faham.
3. yang ni memang fazmys dah jangka masa nak vote hari tu.. CMS..
sama macam fazmys, CMS ni susah nak difahamkan. kalau boleh detailkan lagi tutorial CMS tu..kalau boleh buat susunan step by step macam tutorial2 drupal dan phpbb tu..
jangan langkah terlalu jauh.fazmys sarankan,kalau ada tutorial macam ni lagi..biar ada yang berkesinambungan dari tutorial sebelum ni, jangan terlalu jauh langkahnya.
rumusan: bagi fazmys, semua tutorial kalau boleh disertakan gambar dimana hendak klik. kadang2 mereka yg diluar bidang IT atau web ni tak tahu mana hendak di klik..kadang2 ada tutorial tu tulis contohnya ringkasnya kita nak tukar profil dalam KS ni.mungkin kita yg dah biasa dgn KS dah tahu dimana letaknya..kalau yg xfaham, kena bagitahu secara detail..dan kalau yg lg rumit,kena sertakan gambar kat mana terletaknya contoh tempat ubah signature..begitu juga dengan kes tutorial dalam KS ni,tak semua mereka pernah sentuh modul2 ni..kalau tutorial jenis video lagi mudah faham.
faham x?ahakz, mcm ni..capture gambar..dlm gmbar tu,tulis pertama nak klik mana, kedua klik mana..ketiga buat apa..pada gambar sertakan nombor pun tak pe..tak perlu banyak gambar, tapi yang penting step2 pada gambar ditunjukkan
fazmys cakap berdasarkan pengalaman sendiri.dulu pernah ada blog tutorial photoshop..
kalau jenis bervideo ni dorg cepat faham.sebab,kalau dah alang-alang kita wat tutorial, kita lakukan sekali. step2 tu mereka akan nampak perjalanan..rasanya kalau buat video lagi mudah kot.tak perlukan suara kalau malu..cuma, kalau ada yg melibatkan "bergantung pada kehendak pengguna" contoh saiz atau warna, baru diberitahu melalui tulisan.(ingat dulu,nak tolong wat video tutorial menggunakan tutorial KS dan post kat youtube dan kredit sepenuhnya kpd KS..maknanya step2 tu berjaya dibuat..nak guna cara mat saleh ajar newbie dalam CD..baru nak bincang,dan mintak kebenaran..skrg dah bz..
wah, panjang lebar plak..tapi, tak salah kan?ahakz
terima kasih fazmys atas ulasan dan komen yang berikan. nampaknya pihak admin mendapat sedikit panduan dalam meningkatkan tahap dan kepuasan pengguna kepada laman web ini.
segala cadangan tersebut akan diambil sebagai panduan untuk peringkat seterusnya. cume buat masa sekarang video tutorial sememangnya sudah lama dikecualikan daripada laman KS atas sebab-sebab tertentu.
tapi sekiranya ingin berkongsi menerusi youtube, pihak KS sangat-sangat mengalukan usaha yang murni ini. sebab kengkangan masa dan tenaga pengusaha sangat terhad. oleh itu, sekiranya mendapat sokongan daripada pihak komuniti, KS boleh lebih maju dengan lebih pantas berbanding tempoh 3 tahun yang lepas.
akhirnya keluar jugak statik kajian nie
xde komen pasal result kajian nih ke?
Hantar komen baru