Sistem Kolaborasi yang kami lancarkan lebih kurang dua bulan yang lepas telah dikemas kini dan telah berjalan dengan sempurna. Setakat ini sambutan dari pengguna masih belum menggalakkan namun begitu kami ucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi bersama kami.
Dalam 6 bulan ke depan kami mengharapkan sistem ini mampu mengumpulkan tutorial yang lebih banyak dari semua ahli. Melalui Kolaborasi juga dapat mengurangkan beban pihak kami.
Untuk pengetahuan, kami menerima sebarang tutorial yang dihantar dan tiada sebarang halangan yang ditetapkan. Lebih banyak tutorial yang disumbangan, ganjaran untuk anda pasti menanti.



Komen-komen
Hantar komen baru