Setelah selesai proses pemasangan Joomla!, anda boleh melihat paparan utama laman web anda dengan menaip http://localhost/joomla. Berikut adalah paparan laman web anda:

Ruangan Admin
Ruangan admin boleh dicapai dengan menaip administrator dibelakang alamat joomla bersama dengan "/". Alamat penuh adalah seperti berikut:
http://localhost/joomla/administrator
Masukkan kata kunci dan kata laluan.
(Kata kunci dan kata laluan ini disetkan oleh anda semasa proses pemasangan)
Ini adalah ruangan Administrator selepas anda berjaya untuk log masuk:

Pada Bahagian Kanan, ikon:
- Add new Article - menambah kandungan (artikel) yang baru
- Article Manage - membuat pengurusan dan penyusunan kandungan yang sedia ada
- Frontpage Manager - mengubah suai muka depan laman web anda
- Section Manager - membuat pengasingan kandungan
- Category Manager - membuat pengkhususan kandungan dengan membuat kategori untuk setiap kandungan
- Media Manager - menguruskan gambar dan fail multimedia
- Menu Manager - menguruskan Menu atau Link Utama
- Language Manager - menguruskan bahasa laman web anda
- User Managar - menguruskan keahlian laman web anda
- Global Configuration - menguruskan konfigurasi utama laman web.
Pada Bahagian Kiri:
- Penerangan ringkas tentang maklumat laman web anda.
Pada Bahagian Atas:
- Pengurusan yang lebih spesifik mengenai laman web anda. Kita akan mempelajari satu persatu dalam tutorial selanjutnya.
Pastikan setelah selesai semua kerja-kerja atau pengubahsuaian, anda menekan butang Logout disebelah kiri.
Sekian sahaja pengenalan kepada Ruangan Admin.



Kemas kini: Nov 15, 2010