18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Mengubahsuai Laman Utama

Tutorial
Joomla
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- May 19, 2009
kemas kini Kemas kini: Sep 23, 2010

Dalam tutorial ini, kita akan belajar beberapa tips yang berguna untuk mengubahsuai antara muka laman utama (front page) untuk Joomla. Tutorial ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan daripada anda.

 

1. Mengubahsuai Tajuk "Welcome to the Frontpage"

Ini sememangnya perkara biasa dan lazim ditanya oleh mana-mana pengguna baru Joomla 1.5. Perhatikan gambar rajah dibawah ini untuk mengetahui perkara yang dimaksudkan oleh saya ini:

Ini adalah contoh laman utama dan saya telah memasukkan sampel data semasa pemasangan Joomla 1.5. Jika anda melangkau langkah ini, paparan ini mungkin berlainan bergantung kepada artikel pertama yang anda muatkan. Seterusnya kita akan mengubahsuai tajuk ini.

Masuk ke ruangan Administration > Menus > Main Menu. Kemudian klik pada menu "Home".

Seterusnya, cuba perhatikan di bahagian sebelah kanan, terdapat beberapa tab yang dinamakan dengan "Parameter" seperti Basic, Advanced, Component dan System. Untuk bahagian tajuk ini, klik tab "Parameter (System)".

Jika hendak mengubah nama tajuk tersebut, ubahkan di ruangan "Page Title". Jika anda tidak mahu dia dipaparkan, pastikan pilihan pada "Show Page Title" ditandakan sebagai "No". Kemudian klik butang "Save" dibahagian atas sekali. Selesai.

 

2. Membuat "Sticky" Artikel atau "Static Page"

Mungkin terma di atas agak mengelirukan tetapi dalam bahasa mudahnya, tutorial ini akan menerangkan cara-cara untuk membiarkan satu-satu artikel atau kandungan sentiasa berada di bahagian paling atas walaupun kemasukkan beberapa artikel yang baru untuk dipaparkan pada laman utama.

  1. Buat artikel baru dan namakan mengikuti citarasa anda. Saya namakan "Static Page"
  2. Kemudian tulislah kandungan artikel tersebut dan pastikan pilihan "Published" dan "Front page" ditetapkan kepada "Yes".
  3. Kemudian klik "Save". Anda akan dibawa ke paparan senarai semua artikel-artikel yang akan dipaparkan dibahagian laman utama. Untuk menjadikan artikel tadi sebagai "sticky" iaitu sentiasa berada di atas, ubahkan nilaian "Order" dari "1" kepada "-1".
    Nota: Anda hanya boleh lakukan SATU artikel "sticky" sahaja di dalam Joomla!
  4. Sekiranya berlaku kemasukkan artikel yang baru, artikel "sticky" itu akan sentiasa kekal di bahagian paling teratas.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
rocky09's picture

baru nak mencuba

yed's picture

ha'ah la, cemane bole xperasan parameter tu.. cett.. Thanx para

mad