Berapa lama seorang pengguna melihat satu halaman web?
Seorang pengguna selalunya akan meninggalkan satu web dalam tempoh 10 - 20 saat. Walau bagaimanapun, sekiranya kandungan laman yang dilawati mempunyai satu nilai estetika yang jelas, ianya mampu menarik perhatian pengguna untuk tinggal bagi tempoh yang lebih lama. Ianya dikuatkan lagi dengan teori negatif taburan Weibull.
Sepuluh (10) hukum dalam pembinaan laman web
Dalam membangun dan mereka cipta sebuah laman web, termasuk kita sebagai "designer" atau "web developer" sekali pun, banyak panduan dan hukum yang boleh digunapakai sebagai rujukan. Dalam artikel kali ini, sepuluh hukum yang telah saya guna pakai dalam sebarang pembinaan laman web bersedia untuk dikongsi.
Laman pengenalan yang membazir
Laman pengenalan atau lebih senang dikenali sebagai "Intro page" pada kebanyakan laman web jenis perniagaan dan hiburan boleh dikatakan sebagai satu pembaziran. Suatu ketika dahulu, ia digunakan sebagai penambah perisa kepada pengunjung untuk terus melayari laman web mereka.
Muat turun laman yang pantas
Sesiapa sahaja sekarang mahukan laman web mereka lebih pantas, malahan sangat pantas untuk dipaparkan. Kerana kita semua percaya kemampuan pengguna untuk melanggan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi telah meningkat dan lebih ramai. Jadi, kita perlu memberi fokus kepada laman web itu sendiri buat masa sekarang.
Apa yang perlu ada pada halaman utama
Halaman utama (front page) adalah halaman yang pertama akan disediakan kepada pengunjung setiap kali alamat website diarahkan. Ia juga merupakan pintu masuk utama ke dalam keseluruhan sistem dan kandungan laman web. Seharusnya bahagian ini adalah sangat kritikal dan diberi perhatian yang lebih.
Tiga prinsip pengoptimuman kod HTML
HTML merupakan tunjang aturcara kepada sesuatu laman web. Bahasa aturcara yang klasik ini masih kekal sebagai barisan terakhir sebelum dihadapkan kepada pengguna. Walaupun kehadiran PHP, JSP atau ASP tetapi segala paparan ditukarkan kepada HTML dahulu sebelum dipaparkan.




