Sinopsis
Enjin carian bukan bersifat manusia, mampu untuk melihat, memahami dan menterjemah perkara-perkara yang dipaparkan menerusi ilustrasi sama ada gambar atau video. Namun penerangan mengenai elemen tersebut, membolehkan mereka mengetahuinya.Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Agen Carian tidak berupaya untuk melakukan kerja tambahan mengindeks secara terus visual tambahan seperti gambar, bunyi, video "flash", "frames" dan Javascript. Sebaliknya, mereka bergantung kepada informasi tambahan secara teksual yang kita sediakan dan dengan informasi tersebut barulah Agen Carian boleh melakukan pengindeksan.
Situasi ini boleh dianalogikan dengan penggunaan nombor "10" dengan teks "sepuluh tahun dahulu" - dalam contoh yang kedua kita menerangkan maksud yang lebih jelas walaupun penggunaan nombor mewakili situasi sepuluh tahun dengan lebih ringkas. Tetapi tidak mustahil untuk masa mendatang, Agen Carian boleh memahami dan mentafsirkan gambar, diharapkan ia boleh berlaku.
Gambar (Images)
Gambar merupakan salah satu keperluan untuk semua laman web dan dari pandangan seorang pereka laman web mereka berpendapatan gambar bukanlah satu elemen tambahan sebaliknya adalah wajib. Perbezaan pendapat antara pereka dan Agen Carian ini lebih ketara sekiranya informasi yang diperlukan tidak ditanam pada gambar tersebut.
Perselisihan ini sering berlaku kerana ada yang bersetuju penggunaan gambar yang menyerlah lebih menarik berbanding pautan teks yang biasa dan jelas. Betul, sangat sukar untuk mengimbangi laman web yang penuh rekaan artistik dan laman mesra Agen Carian tetapi sekiranya laman langsung tiada dalam senarai Agen Carian, sehebat dan semantap mana sekalipun rekaan web tidak berguna.
Oleh itu, secara idea kasar, JANGAN tinggalkan gambar. Perkara penting yang perlu ditanam pada gambar adalah penerangan. Pastikan penggunaan tag <alt> pada setiap elemen <img> dimasukkan dengan betul. Dengan ini kita menyediakan informasi secara visual dan teksual. Contohnya:
<img src="web-portal.gif" alt="Web portal">
Walaupun dalam spesifikasi HTML tidak mewajibkan penggunaan tag <alt> tetapii ianya penting untuk SEO. Pastikan nama yang diberikan untuk fail gambar adalah sesuatu yang membawa makna berbanding nama-nama seperti "gambar1.gif", "gambar2.gif".
Penerangan pada tag <alt> juga perlulah lebih jelas dan penggunaan kata kunci diselitkan. Tetapi perlu ingat jangan terlalu ghairah dengan teks yang terlalu panjang untuk gambar yang beresolusi kecil seperti 1 piksel kerana Agen Carian akan menganggap penyalahgunaan tag ini.
Contoh yang terbaik dalam penggunaan aturcara gambar:
<img src="web-portal.gif" alt="Contoh pembangunan laman web jenis portal">
Animasi dan Video
Situasi untuk animasi dan video adalah sama dengan gambar - sangat digemari oleh pereka laman web tetapi tidak bermakna kepada Agen Carian. Sebagai contoh, ramai yang menggilai laman pembukaan dengan Flash yang menakjubkan pada laman utama.
Namun anda perlu tahu, ia merupakan PEMBUNUH utama kepada SEO. Lebih teruk lagi sekiranya anda memasukkan kandungan atau artikel yang sepatutnya boleh ditulis pada teks biasa ke dalam Flash. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan menyediakan dua versi paparan - HTML dan Flash.
Oleh kerana kita menyediakan dua laman web yang sama, berkemungkinan laman akan dipenalti oleh Agen Carian kerana duplikasi. Jadi kita perlu terapkan arahan penghalang untuk Agen Carian di fail "robot.txt" untuk tidak melayar pada Flash sebaliknya hanya bagaian HTML sahaja.
Terdapat rumor yang mengatakan Google sekarang sudah mempunyai teknologi untuk mengindeks fail-fail animasi seperti Flash (berformat .swf) dengan mencari metadata yang digunakan. Namun untuk langkah yang lebih selamat dan profesional, amalkan penggunaan dua versi paparan dan juga tag <alt>
"Frames"
[img_assist|nid=2391|title=|desc=|link=none|align=right|width=403|height=352]Beberapa tahun dahulu, penggunaan "frame" begitu tinggi dikalangan pembangun laman web tetapi memberi tekanan kepada Agen Carian. Merekasukar untuk mengindeks laman web kerana pada satu alamat URL terdapat beberapa laman web yang dibuka. Pada asanya, satu URL untuk satu laman sebaliknya penggunaan "frame" memboleh 3 hingga 4 dimasukkan dengan satu URL.
Walaupun Agen Carian mampu untuk mencari sumber sebenar untuk setiap laman yang dimuatkan dalam bingkai-bingkai tersebut namun ini menambahkan kerja menyebabkan Agen Carian mula beralih ke laman yang lain.
Sekiranya anda masih berniat untuk menggunakan "frame" ini atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, pastikan anda memuatkan penerangan yang bermakna pada tag <noframes>. Tag <noframes> bertugas untuk menyediakan satu alternatif kepada perisian pelayar yang tidak menyokong penggunaan bingkai.
Contoh:
<noframes> <p>Laman ini paling sesuai dilayar dengan fungsi bingkai dihidupkan.</p> <p>Laman ini menyediakan tutorial pembelajaran secara online untuk membangunkan laman web portal<p> </noframes>
Javascript
Ini pula adalah elemen yang paling "panas". Memang sukar untuk menghasilkan laman web yang hanya bergantung kepada HTML semata-mata tetapi mempunyai fungsi yang kompleks. Terutama sekali untuk laman yang melibatkan penggunaan pangkalan data dan juga laman web yang dinamik.
Permasalahannya timbul sekiranya terdapat URL, pautan atau elemen-elemen penting untuk SEO dimuatkan ke dalam aturcara Javascript. Ini kerana Agen Carian tidak akan membaca atau melancarkan Javascript dalam konteks penglihatannya. Jadi kebiasannya mereka akan terus beralih ke laman yang lain.
Sehubungan itu, adalah lebih baik meletakkan sebarang aturcara Javascript sama ada dalaman atau luaran dibahagian bawah laman web berbanding di bahagian <head> .. </head> yang sentiasa diamalkan sekarang.
[img_assist|nid=2389|title=Meletakkan ke semua Javascript di bahagian atas ke bahagian paling bawah dokumen|desc=|link=none|align=none|width=438|height=208]



Kemas kini: Aug 06, 2011