Sinopsis
SEO bukan sekadar melakukan pengoptimuman pada laman web anda sahaja. Ia melibatkan kerja-kerja tambahan yang penting seperti mempromosikan ke merata tempat. Apabila satu jaringan yang besar telah dihubungkan, trafik yang datang akan bertambah setiap hari.Tujuan utama proses SEO adalah untuk membolehkan laman anda dilihat dan dikunjungi oleh Agen Carian sekerap yang mungkin seterusnya akan meningkatkan populariti laman tersebut. Kesan seterusnya akan membawa trafik yang lebih tinggi. Memperoleh pengunjung yang tertinggi merupakan kejayaan yang tertinggi dalam proses promosi.
Secara tulus, SEO merupakan salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik ke laman anda. Selain itu terdapat pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk menyokong proses ini agar lebih efektif yang mana tujuan asal untuk mengarahkan pengunjung ke laman kita.
Untuk kali ini, kita tidak akan menyentuh ke semua teknik-teknik selain SEO tetapi hanya sebagai informasi yang Agen Carian bukan merupakan satu sumber untuk memperoleh trafik yang tinggi. Namun ia merupakan cara yang terbaik, senang dipraktiskan dan tidak memerlukan modal.
Hantarkan laman anda ke direktori carian, forum dan laman-laman promosi
Selepas segala proses pengoptimuman laman dilakukan, tibalah masa untuk mempromosikan ke direktori carian. Secara umumnya, anda tidak perlu mengambil sebarang tindakan kerana Agen Carian berkebolehan untuk mencari laman-laman web yang baru diwujudkan atau kandungan baru dimuatkan. Walaupun begitu ianya sukar untuk diramalkan bila dan berapa kali Agen Carian akan mencari dan menemuinya.
Dengan cara mempromosikan alamat web anda di forum-forum yang sesuai boleh menarik lebih ramai trafik secara tidak langsung. Mulakan pencarian forum yang sesuai dan mempunyai persamaan yang hampir dengan kandungan laman web anda. Sebagai contohnya, dalam contoh sebelum ini laman kita berkisarkan kepada pembangunan laman web, maka forum seperti "tutorial online" atau "web development" boleh dijadikan sasaran.
Agen Carian khusus
Google, Yahoo! dan MSN bukanlah agen carian yang wujud dalam dunia internet. Terdapat pelbagai dan banyak lagi laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan seakan mereka ini semua. Dan terdapat juga sesetengah Agen Carian yang lebih fokus kepada satu bidang.
Seperti bidang kehakiman, automotif, laman web, teknologi dan macam-macam lagi. Menghantar laman web anda ke laman sebegini boleh memberikan kesan kepada populariti laman anda di Google sekaligus menarik lebih banyak trafik baru.
Iklan dan permohonan berbayar
Saya telah menyatakan terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik dan populariti laman. Namun sekiranya anda mahukan hasil yang lebih tinggi dan pantas, jangan ragu-ragu untuk memilih pengiklanan dan permohonan berbayar.
Ya, pengiklanan secara berbayar ini dijamin oleh Agen Carian bahawa laman anda akan dipaparkan dibahagian yang tertinggi dan kebiasaanya dikhaskan tempat yang istimewa. Selain itu, mereka juga menjaminkan populariti untuk kata kunci yang anda tentukan.
Tetapi pada hakikatnya, sukar untuk memastikan kepastian dan kepercayaan pengguna kepada pengiklanan berbayar kerana ianya seolah-olah anda "merasuah" agen carian untuk memaparkan laman anda sedangkan terdapat beribu-ribu lagi laman yang lebih "bagus" dari anda.



Kemas kini: Aug 06, 2011