18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Pautan: Teknik SEO kedua terpenting

SEO Penulis: parasolx (Jan 29, 2009)
kemas kini Kemas kini: Aug 05, 2011
Artikel bebas-Pautan: Teknik SEO kedua terpenting

Sinopsis

Laman web tanpa pautan adalah ibarat sebuah pulau yang belum diterokai. Ia berada di sana, betul-betul di tengah-tengah lautan, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu ianya wujud. Pulau ini bersepahan dengan berlian. Semua ini tidak menguntungkan jika tiada siapa yang tahu.

Kenapa pautan penting

Antara sebabnya "WEB" itu sendiri berkait rapat dengan pautan. Satu sistem laman web yang lengkap dihubungkan dengan laman-laman yang lain melalui satu laluan yang dipanggil pautan. Laluan ini digunakan sepenuhnya oleh perisian Agen Carian dalam proses pengindeksan.

Oleh itu, sekiranya laman anda hanya mempunyai beberapa pautan sama ada luaran atau dalaman, berkemungkinan besar peluang untuk dikunjungi oleh perisian Agen Carian mengambil masa yang terlalu lama. Anda juga sukar untuk mencapai tahap tinggi dalam penyenaraian kualiti kerana bilangan pautan merupakan salah satu elemen yang digunakan dalam algoritma Agen Carian.

Pautan kemasukan dan keluar

Teknikalnya terdapat dua jenis pautan yang penting dalam teknik SEO iaitu pautan kemasukan dan keluar. Pautan keluar adalah pautan yang bermula dari laman anda kemudian mengarah ke laman yang lain. Manakala pautan kemasukan atau "backlink" datang dari laman lain ke laman anda.

"Backlink" atau pautan kembali sangat penting kerana ianya memberikan nilai populariti kepada laman kita. Ingin saya tekankan yang tidak semua pautan kembali ini memberikan keuntungan. Terdapat pautan kembali yang baik dan buruk. Pautan kembali yang baik berasal dari laman web yang berguna - kebiasannya mempunyai skop atau tema yang sama. Pautan ini membolehkan proses populariti berlaku dengan lebih pantas.

Manakala pautan kembali yang buruk berasal dari laman yang tidak dikenal pasti. Pautan seperti ini perlu dielakkan. Sekiranya anda mendapati ada laman-laman web yang menggunakan pautan kembali ke laman anda, hantarkan permintaan kepada tuan empunya untuk membuang pautan tersebut.

Sekiranya anda seorang yang tidak aktif dalam melakukan pautan kembali, aktiviti "membeli" pautan boleh dipraktiskan seandainya anda yakin dan tidak kisah mengenai kewangan. Tetapi tidak salah untuk kita praktiskan teknik yang percuma terlebih dahulu.

Carian laman web dengan populariti yang tinggi, hubungi tuan laman untuk berkongsi pautan atau proses pertukaran pautan merupakan langkah pertama yang boleh dilakukan. Perlu ingat segala risiko perlu anda tanggung sendiri.

Pautan dalaman merupakan pautan yang menghubungkan laman ke laman dalam satu web yang sama juga sama penting. Penggunaan gambar (image) atau butang bergambar (image button) menampakkan laman lebih menarik tetapi perlu ia adalah "pembunuh" SEO. Cuba hasilkan teks ringkas untuk pautan memandangkan Agen Carian hanya mampu untuk membaca teks. Sekiranya perlu, pastikan anda menggunakan tag atribut <alt> pada semua gambar.

Teks/pautan sauhan (Anchor)

Teks/pautan sauhan juga tidak kurang penting untuk pautan kembali. Tidak mengira sama ada laman yang disauhkan mempunyai reputasi baik atau buruk, ianya boleh memberikan impak kepada populariti laman. Sebolehnya cuba masukkan pautan teks dalam kandungan (sekiranya berkaitan) sekiranya ianya merujuk kepada laman luaran.

Sebagai contoh, dalam kandungan terdapat frasa "agen carian terbaik adalah Google" kurang membantu sebaliknya "agen carian" dengan pautan ke laman web Google lebih bernilai.

Luangkan sedikit masa dengan memeriksa ke semua "backlink" ke laman anda sebolehnya mengandungi kata kunci pilihan anda sebelum ini. Contohnya seperti "Web tutorial terbaru" dan "Web portal pembelajaran maya" dapat membantu dalam meningkatkan populariti kata kunci pilihan.

Amalan penggunaan pautan yang PERLU dielakkan

Penggunaan kata kunci yang melampau atau kemasukkan dalam nilai yang banyak pada satu masa perlu dielakkan DAN begitu juga pautan. Ia akan menimbulkan kekeliruan dan perasaan sangsi yang anda mampu untuk melakukan pertukaran 1000 pautan dalam sehari.

Lebih lagi, Agen Carian sentiasa memantau "lubuk pautan" yang menjual pautan-pautan untuk meningkatkan populariti sesuatu laman. Pembelian pautan dapat membantu dalam SEO tetapi ia juga membolehkan laman anda disenarai hitam atas sebab mengeksplot penggunaan pautan.

Seperti yang dicadangkan sebelum ini, aktiviti pertukaran pautan bukanlah langkah yang perlu diamalkan sepenuhnya. Walapun anda bersungguh-sungguh mengemas kini laman anda, tidak mustahil pihak yang satu lagi menepati janji untuk mengekalkan perkongsian pautan, mereka mungkin membuang pautan ke laman anda. Kedua, mereka mungkin mengubah tajuk pautan (yang mengandungi kata kunci). Ketiga, akan menimbulkan kesangsian yang mana hampir 50% pautan masuk dan keluar datangnya dari laman yang berlainan (yang tidak berkaitan dengan konsep laman).

Kesimpulannya, pautan masuk dan keluar seharusnya mempunyai nisbah yang hampir sama. Sekiranya nisbah pautan keluar lebih besar tidak bagus kerana kelihatan seolah-olah sedang meraih simpati populariti dari laman lain (namun mungkin berbeza keadaan dan situasi untuk setiap konsep laman).