18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Logo Kripkorn Studios

Kata kunci: Perkara terpenting dalam SEO

SEO Penulis: parasolx (Jan 29, 2009)
kemas kini Kemas kini: May 02, 2012
Artikel bebas-Kata kunci: Perkara terpenting dalam SEO

Sinopsis

Kata kunci merupakan pembuluh darah dalam satu-satu kandungan. Ibarat anda membaca sebuah buku mengenai Drupal, namun sepanjang kandungan buku tersebut langsung tiada perkataan "Drupal". Maka anda sudah salah membaca buku.

Kata kunci merupakan elemen terpenting dalam SEO untuk semua Agen Carian. Ini kerana Agen Carian bergantung kepada frasa carian (string) semasa proses carian dijalanakan.

Mungkin ia kelihatan mudah tetapi kita akan mempelajarinya dengan sangat mendalam untuk memilih dan menggunakan kata kunci dengan lebih baik.

Beberapa kajian atau percubaan perlu dilakukan agar pemilihan kata kunci yang tepat dan betul digunakan selain kita mengoptimumkan penggunaannya.

Pemilihan kata kunci yang tepat untuk dioptimumkan

Beberapa puluh tahun yang lepas, satu laman web boleh berada di kedudukan yang tertinggi hanya menggunakan satu perkataan untuk kata kunci. Sekarang, dunia internet telah dilambakkan dengan ribuan laman web setiap hari menjadikan ketumpatan untuk kata kunci semakin meningkat. Jadi penggunakan dua atau tiga untuk kata kunci adalah lebih relevan.

Anda boleh lakukan sedikit eksperimen atau percubaan menggunakan kata kunci solo yang mana ianya teramat mudah untuk berada di tahap tertinggi (top 10) untuk seminggu. Tetapi akan jatuh dengan mudahnya ke tangga ke 30 atau 50 selepas seminggu kerana persaingan yang besar dari laman web yang lain yang telah menggantikan tempat laman web anda.

Jadi untuk mengatasinya, cuba masukkan beberapa frasa gabungan kata kunci untuk tags sebagai sandaran kepada kata kunci solo untuk meraih kedudukan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, katakan kata kunci pilihan anda adalah "web", hasilkan beberapa variasi tambahan seperti "web 2.0", "web teknologi" dan "pembangunan laman web". Contoh ini bukanlah perkara penting untuk pengoptimuman agen carian tetapi langkah ini meluaskan skop dan idea mengenai "web".

Kata kunci sandaran

Secara umumnya, elemen pertama yang diberikan perhatian dalam SEO adalah kata kunci yang mewakili kandungan satu-satu laman dan paling kerap digunakan oleh pengguna bagi mencari laman anda. Sehubungan itu, anda perlu mendalami dan meneka keperluan serta frasa carian yang akan digunakan oleh pengunjung.

Selalunya, pengguna akan menggunakan kata kunci yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama untuk satu kata kunci. Sebagai contoh, "kelapa" dan "nyiur" adalah objek yang sama dan mungkin ada pengguna menggunakan "nyiur" berbanding "kelapa" dalam frasa carian.

Anda boleh memuatkan beberapa kata kunci sandaran yang lain tetapi jangan TERLALU gopoh untuk memuatkan terlampau banyak kata kunci seerti kerana Agen Carian sendiri dilengkapkan dengan algoritma kata kunci seerti terutama sekali bahasa Inggeris.

Skop kata kunci

Anda perlu berhati-hati dalam memilih atau menetapkan kata kunci untuk laman anda. Skop pemilihan pelbagai kata kunci harus dilakukan dalam sempadan atau batas konsep laman web. Ini kerana Agen Carian lebih cenderung untuk menilai dan meletakkan laman web ditempat yang tertinggi sekiranya kata kunci berkitar pada skop dan konsep kandungan laman.

Dalam contoh pertama, kata kunci "web" adalah sangat sesuai untuk laman seperti kami. Kata kunci sandaran seperti "web 2.0" dan "web teknologi" masih berkitar dalam satu skop yang sama. Seandainya frasa lain seperti "reputasi kereta" dimasukkan boleh menyebabkan reputasi laman ini jatuh kerana telah dikaitkan dengan skop yang lain.

Bagi membantu kita untuk memudahkan pencarian kata kunci dalam skop yang ditetapkan, anda boleh gunakan perkhidmatan "Keyword Tools" ini.

Pemilihan dan penetapan kata kunci

Dalam proses pemilihan dan penetapan kata-kata kunci tersebut, anda bukan sahaja perlu menitikberatkan relevansi terhadap laman tetapi anggaran carian untuk perkataan itu sebulan. Nilai anggaran yang lebih kecil sebenarnya lebih bernilai dan mudah untuk menarik pengunjung ke laman.

Saya gunakan contoh di atas semula, penggunaan frasa "web portal" akan lebih membawa ramai pengunjung berbanding "web blog". Ini kerana "web portal" mempunyai kadar persaingan yang lebih KURANG berbanding "web blog" menjadikan laman saya tumpuan untuk pencari laman web portal.

Secara psikologi, menggunakan elemen atau kata kunci yang sangat popular boleh menaikkan laman web dalam masa terdekat tetapi menyediakan elemen atau kandungan yang kurang popular dapat menarik lebih ramai pengunjung kerana persaingan dari laman web lain lebih kurang.

Jadi dalam proses pemilihan kata kunci anda perlu mengambil kira jumlah carian setiap bulan dan pertimbangkan jumlah kunjungan unik setiap bulan.