18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Isi kandungan adalah raja

SEO Penulis: parasolx (Jan 29, 2011)
kemas kini Kemas kini: Aug 06, 2011
Artikel bebas-Isi kandungan adalah raja

Sinopsis

"Kandungan adalah Raja" menjadi satu fenomena apabila menyusun atau membina laman web. Kandungan teks adalah penting untuk penempatan enjin carian. Tanpa kandungan teks, kebanyakan enjin carian akan tidak berupaya untuk mencari kata kunci untuk menerangkan laman tersebut.

Sekiranya anda masih lagi baru dalam dunia SEO, ianya mungkin agak mengejutkan bahawa teks merupakan elemen terpenting dalam memacu laman untuk ke tahap tertinggi. Tetapi ini adalah fakta. Agen Carian (dan pengunjung) menyukai dan meminati sebarang artikel, tutorial atau kandungan yang segar, baru dan terkini serta relevan kepada perkara yang ingin dicari.

Secara umunya, satu laman yang sentiasa dikemas kini dan dimasukkan kandungan baru, meningkatkan tahap kekerapan perisian agen carian melawati laman web anda pada masa mendatang. Ini tidak menjanjikan yang perisian Agen Carian akan serta merta datang selepas anda mengemas kini laman tetapi tanpa sebarang kemas kini, akan menjatuhkan populariti.

Untuk laman web syarikat yang tidak memfokuskan kepada penulisan artikel yang panjang atau penggunaan teks yang agak minima, mungkin akan mengakibatkan popularti web tersebut merudum. Selain itu, laman web jenis ini juga jarang untuk mengemas kini kandungan. Oleh itu, pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya satu ruangan yang memaparkan berita atau aktiviti semasa syarikat.

Kekerapan mengemas kini laman

Sekiranya anda membangunkan laman web majalah online, boleh dikatakan ianya sangat beruntung - kandungan sentiasa dikemas kini dan maklumat yang baru selalu dimasukkan. Hanya beberapa langkah dan berita hangat diperlukan setiap kekerapan untuk meningkatkan populariti laman. Tetapi ini tidak bermakna untuk laman web syarikat tiada cara untuk berada lebih tinggi - terdapat beberapa langkah dan cara alternatif.

Dalam mencapai usaha tersebut, anda perlu serius dan mendisplinkan diri. Setiap kandungan yang dihantar dan dimasukkan jangan terlalu menekankan atau berpaksikan kepada iklan jualan semata-mata. Sebagai contoh, sekiranya laman tersebut merupakan laman jualan barang secara online, elakkan dari memenuhkan laman dengan diskaun atau harga promosi sebaliknya lengkapkan maklumat mengenai produk tersebut.

Sekiranya produk yang dijual agak banyak, cuba tambahkan beberapa produk yang baru dari semasa ke semasa. Atau boleh lakukan promosi dari satu kumpulan produk ke kumpulan yang lain. Melalui cara ini sudah pasti anda mempunyai idea atau sebab untuk memasukkan kanduangan terbaru.

Juga, bergantung kepada perkhidmatan atau jenis jualan yang anda jalankan, cuba kemas kinikan berita secara berlainan mengenai produk anda seperti produk hangat, produk masa hadapan, barangan diskaun atau muatkan kalkulator pengiraan secara online. Berbanding satu laman yang mengandungi produk-produk promosi, teknik ini dapat membantu untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Salah satu seksyen yang meningkatkan trafik ke laman adalah berita. Cuba masukkan berita-berita mengenai produk jualan tertinggi, produk akan datang, laporan aktiviti syarikat atau perkara yang sedang dilakukan. Terdapat juga segelintir pengarah syarikat yang aktif dalam aktiviti blog boleh menulis sebarang artikel mengenai hala tuju syarikat, isu-isu semasa industri atau hal-hal umum. Artikel sebegini boleh menambah minat pengunjung untuk membaca berbanding hal-hal rasmi.

Alternatif terbaik untuk mengemas kini laman adalah dengan penyediaan RSS Feed. Servis ini membolehkan setiap artikel terbaru dikemas kini dengan segera tanpa perlu melakukan langkah tambahan.

Teks tebal dan condong

Apabila satu-satu laman dipadatkan dengan teks yang panjang, langkah untuk mempamerkan elemen-elemen penting perlu dilakukan - untuk difokus oleh pengunjung dan Agen Carian. Walaupun Agen Carian tidak membaca seperti seorang manusia lakukan, mereka berupaya untuk memahami kepentingan setiap frasa ayat yang ditulis.

"Heading" adalah kunci utama manakala teks tebal dan condong merupakan elemen sokongan kepadanya untuk memfokuskan perkara-perkara penting. Agen Carian membaca teks dalam atribut <b> dan <i> terlebih dahulu sebelum frasa-frasa ayat yang lain. Elakkan dari penggunaanya tag atribut ini terlalu banyak - ini menjadikan anda menyalahgunakan dan cuba memanipulasi fungsi Agen Carian.

Kandungan duplikasi

Apabila anda menghantar atau memasukkan satu kandungan baru, adakah ianya karya asal atau original? Sekiranya bukan dan ianya dipetik dari laman web yang lain, ini akan menimbulkan masalah. Walaupun ianya tidak termaktub sebagai perkara terlarang, tetapi anda mengambil maklumat secara percuma dari internet yang dikunjungi oleh ribuan orang setiap masa.

Sebolehnya cuba ubah sedikit kandungan tersebut agar tidak kelihatan sepenuhnya sama dan mengelak daripada dilabel oleh Agen Carian sebagai kandungan duplikasi. Andainya anda gagal untuk lakukannya, Agen Carian yang mendapati kandungan diduplikasikan, secara tidak teragak-agak mereka akan membuang laman web anda dari senarai indeks dan menyenaraihitamkan.

Duplikasi kandungan yang sama kini menjadi satu isu hangat. Terdapat segelintir pembangun laman web yang menggunakan pautan dan alamat URL yang berbeza sebaliknya kandungan tetap sama dengan harapan untuk membodohkan dan menipu Agen Carian supaya mereka beranggapan laman web dipenuhi dengan kandungan.

Seandainya aktiviti haram ini dikesan, Agen Carian akan membuang laman-laman duplikasi tersebut. Lebih teruk lagi berkemungkinan juga maklumat yang penting seperti huraian produk, info syarikat juga turut disenarai hitam. Pastinya ini memburukan imej laman.

Anda boleh melakukan sedikit carian di mana-mana Agen Carian dan sekiranya mendapati terdapat sesetengah pihak telah mengambil isi kandungan laman secara bulat-bulat, cuba maklumkan kepada tuan laman sama ada cuba modifikasi sedikit kandungan tersebut.