Sinopsis
SEO secara asasnya merupakan satu set metodologi yang membuatkan ianya lebih mudah bagi enjin carian untuk mencari termasuklah mengkategorikan dan menentukan kedudukan kandungan laman web anda -- Lee Odden, Online Marketing Blog
Pengenalan
"Search Engine Optimization (SEO)" atau dalam terma bahasanya adalah "Pengoptimuman Enjin Carian" selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal - sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.
SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carian seterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.
Perkara pertama atau yang terpenting perlu diketahui oleh pembangun laman web walaupun semua teknik dan langkah SEO telah dilakukan tidak menjanjikan laman tersebut serta merta menduduki tahap tertinggi dalam trafik. Tetapi pengabaian terhadap perkara asas dalam SEO langsung tidak meningkatkan populariti laman.
Dalam kes ini, anda perlu menetapkan misi dan target dalam siri populariti, contohnya untuk satu kata kunci pilihan, daripada 30 senarai tertinggi, ianya tersenarai pada tangga ke-10.
Walaupun SEO membantu dalam meningkatkan trafik laman tetapi ianya bukan satu iklan atau pengiklanan. Terdapat laman berbayar yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan populariti sesuatu kata kunci, namun hakikatnya teknik SEO adalah menggunakan kata kunci yang popular dan relevan kepada isi kandungan artikel laman. DAN bukan kerana anda membayarnya.
SEO boleh dijadikan sebagai satu kerjaya baru dalam pembangunan laman web. Umumnya, teknik ini pada asasnya adalah bermain dengan kata kunci sama ada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.
Untuk melakukan semua itu, kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Agen Carian (Search Engine - Bot) berfungsi dan bekerja.
Isi kandungan
| Tajuk artikel | Bacaan | Komen | |
|---|---|---|---|
| 1 | Kata kunci: Perkara terpenting dalam SEO | 541 | |
| 2 | Pautan: Teknik SEO kedua terpenting | 401 | |
| 3 | Metatags | 346 | |
| 4 | Isi kandungan adalah raja | 432 | |
| 5 | Visual Tambahan dan SEO | 320 | |
| 6 | Promosikan laman untuk tingkatkan trafik | 405 | |
| 7 | URL Statik vs Dinamik | 418 | |
| 8 | Bagaimana pengguna membaca di internet | 785 | |
| 9 | Duplikasi Kandungan | 570 | |
| 10 | Sepuluh (10) perkara penting dalam SEO | 1,990 | 3 |
| 11 | Sepuluh (10) kesalahan dalam SEO | 822 | |
| 12 | Kelajuan laman dibuka mempengaruhi SEO | 816 | |
| 13 | Teknik SEO | 1,185 | 1 |
| 14 | HTML 5 dan SEO | 304 | |
| 15 | Tips-tips penting dalam SEO | 321 | |
| 16 | Manipulasi tag "Heading" untuk tingkatkan SEO | 521 | |
| 17 | Agen Carian peka kepada Heading 1 | 369 | |
| 18 | Sepuluh (10) tips dari perspektif pembinaan laman web | 335 |



Kemas kini: May 02, 2012

