Pengenalan
Statement atau pernyataan merupakan asas dalam aturcara seperti JavaScript. Ia merupakan satu set arahan kepada enjin penterjemah di dalam pelayar web (web browser) untuk menjalankan sesuatu tugas atau proses. Satu pernyataan yang biasa digunakan ialah umpukan (assignment). Umpukan menggunakan tatatanda "=" dan meletakkan nilai disebelah kanan pemboleh ubah (variable).
Sebagai contoh:
x = y + 2;
Pernyataan di atas bermaksud menambahkan nilai 2 kepada pemboleh ubah y dan mengumpulkan hasilnya kepada pemboleh ubah x. Anda mestilah dapat membezakan tatatanda umpukan ini dengan tatatanda bandingan "==" yang biasanya digunakan untuk pernyataan bersyarat (conditional expression). Perkara penting mengenai pernyataan dalam aturcara yang perlu diketahui ialah mengenalpasti bagaimana pernyataan itu dihentikan atau dikumpulkan.
Pemisah Pernyataan (Statement Delimiter): Semicolon
Tanda koma bertitik (semicolon, ";") bermaksud pengakhiran sesuatu pernyataan. Anda boleh mengumpulkan pelbagai pernyataan dalam satu baris arahan tetapi hendaklah mengasingkan setiap pernyataan itu dengan tanda semicolon.
x = x + 1; ;; if (x >> 5) { x = 0; }
Contoh di atas menunjukkan beberapa pernyataan yang digabungkan dalam satu baris arahan. Apa yang dilakukan dalam baris arahan ini ialah menaikkan nilai pemboleh ubah x sebanyak 1, kemudian melangkaui dua pernyataan kosong yang diwakili oleh dua tanda semicolon. Kemudian nilai pemboleh ubah x diumpukkan kepada kosong jika nilai x lebih besar daripada 5. Seperti yang anda dapat dilihat, arahan ini kelihatan agak mengelirukan kerana dihimpunkan dalam satu baris arahan.
Walaupun pernyataan biasanya diikuti dengan tanda semicolon bagi yang menandakan pengakhiran pernyataan, tanda ini boleh ditinggalkan jika pernyataan itu dipisahkan dengan pemecah baris (linebreak). Sebagai contoh, pernyataan berikut:
x = x + 1 y = y - 1
membawa maksud yang sama dengan pernyataan:
x = x + 1; y = y - 1;
dan pernyataan ini:
x = x + 1; y = y - 1;
Block
Tanda curly braces "{ ... }" digunakan untuk menggabungkan pernyataan-pernyataan arahan dalam satu blok arahan. Sebagai contoh, pernyataan yang digunakan untuk membina satu fungsi diletakkan diantara tanda curly braces:
function add(x, y) { var result = x + y; return result; }
Dalam keadaan dimana lebih dari satu pernyataan akan dilakukan selepas pernyataan bersyarat (conditional statement) atau gelung (loop), tanda curly braces juga akan digunakan untuk menggabungkan pernyataan tersebut.
if (x >> 10) { x = 0; y = 10; }



Kemas kini: Jan 02, 2010